Saturday 18 January 2014

Statistik & Fakta penting pengguna internet di Malaysia...

Strategi Perniagaan Internet by Irfan Khairi Jutawan Internet



memang tidak dapat dinafikan bahawa jumlah 17.7 juta pengguna Internet di Malaysia adalah angka yang agak tinggi dan tidak boleh diabaikan sebagai sasaran apa sahaja perniagaan yang kita jalankan. Dengan hanya menggunakan laman web, blog atau media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube, usahawan atau bakal usahawan boleh mencapai pasaran yang amat besar pada kos yang agak rendah.


Mengabaikan pasaran yang sebegitu besar, adalah satu kesilapan yang juga besar untuk apa sahaja perniagaan.

 62% penduduk Malaysia kini menggunakan Internet. Kebanyakkan pengguna Internet tertumpu di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur (majoriti), Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan, Ipoh dan lain lain. Ini bermakna, dengan mempunyai perniagaan di Internet, pelanggan anda bukan sahaja yang berdekatan dengan lokasi anda, tetapi, di serata Malaysia. Dengan pengiklanan Internet yang efektif, anda dapat mencapai lebih ramai pelanggan yang tidak mungkin tercapai melalui kaedah perniagaan bersemuka.

Jika dibandingkan dengan kos pengiklanan, radio dan percetakan, kos pengiklanan di Internet adalah jauh lebih murah dan boleh mencapai sasaran anda yang paling tepat.
Ianya dikatakan bahawa dewasa hari ini lebih banyak meluangkan masa di Internet berbanding dengan TV. Zaman telah berubah, maka cara promosi perniagaan juga perlu berubah. 

Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam perniagaan, sekiranya dulu telah lalui era pertanian dan era perindustrian, kini kita di dalam era informasi dan komunikasi. Oleh kerana ramai yang meluangkan masa yang lama di Internet setiap hari, maka, ianya lebih penting kini berbanding dengan dulu untuk anda ketahui kaedah komunikasi perniagaan anda menggunakan Internet.

manfaat perniagaan Internet termasuk:
  • Murah untuk dimulakan
  • Cepat untuk melihat hasilnya
  • Boleh mencapai sasaran pasaran yang amat besar
  • Mudah untuk dikendalikan, walaupun dari rumah
  • Fleksibel untuk dijalankan di mana sahaja dan pada bila masa
  • ...dan banyak lagi!
Terdapat 7 juta pengguna telefon pintar (smartphone) dan 7.7 pengguna Internet mudah alih di Malaysia (broadband). Angka ini menunjukkan Internet memainkan peranan yang amat penting dalam gaya hidup.

Dengan mempunyai kehadiran di Internet, perniagaan anda boleh diakses oleh ramai pelawat tidak kira di mana sahaja. Ini menjadikan perniagaan anda lebih mudah dicapai oleh prospek dan bakal pelanggan menjadikan perniagaan anda mesra era baru! 
Jika dilihat syarikat-syarikat besar seperti Starbucks, Air Asia, Mc Donalds, Body Shop dan banyak lagi menggunakan 3 media sosial terbesar seperti Facebook, Twitter dan Youtube, apatah lagi perniagaan kecil dan sederhana juga perlu menggunakan media sosial yang percuma ini.

Dalam perniagaan Internet, lebih banyak strategi media sosial yang digunakan, maka, lebih tinggi peluang anda mendapat pasaran yang lebih besar berbanding dengan pesaing anda. Jangan hanya menggunakan satu medium di Internet, tetapi, gunakan pelbagai medium untuk mendapat keuntungan yang berganda.

Di Malaysia, laman web Facebook adalah laman yang paling popular dilawati manakala Google pula adalah nombor dua. Angka ini adalah amat penting dalam menentukan strategi perniagaan di Internet, iaitu, perlu menggunakan media Facebook dan juga Google untuk mendapat lebih ramai pelanggan.

Sekiranya anda memiliki perniagaan, strategi pemasaran Facebook dan Google adalah amat penting untuk mendapat pasaran yang paling ramai.

jika dilihat syarikat-syarikat besar seperti Starbucks, Air Asia, Mc Donalds, Body Shop dan banyak lagi menggunakan 3 media sosial terbesar seperti Facebook, Twitter dan Youtube, apatah lagi perniagaan kecil dan sederhana juga perlu menggunakan media sosial yang percuma ini.

Terdapat 13 juta pengguna Facebook di Malaysia. Ini bermakna 88% pengguna Internet di Malaysia menggunakan Facebook. Majoriti pengguna Facebook di Malaysia pula  adalah di kalangan umur 20 tahun hingga 40 tahun. Sekiranya sasaran pasaran anda adalah dikalangan umur ini, pemasaran melalui Facebook adalah amat penting

80% Pengguna Internet Malaysia mempunyai tabiat muat turun video. 51% amat aktif di YouTube. Statistik ini menunjukkan betapa pentingnya sesuatu perniagaan perlu menggunakan YouTube untuk tujuan pemasaran. Ianya dianggar juga pada tahun 2015, lebih 90% kandungan di Internet adalah video.
Menggunakan YouTube untuk mempromosikan perniagaan sering dilakukan di negara-negara barat. Di Malaysia, ianya masih lagi baru dan kurang digunakan. Oleh sebab inilah, anda perlu membawa perniagaan anda ke YouTube sebelum pesaing anda melakukannya. Dan tahukah anda, YouTube adalah enjin pencari ke#2 yang paling popular di dunia?

Kajian mengatakan bahawa 65% pengguna Internet Malaysia pernah melakukan belian online. Tahun ini juga, pasaraya Tesco telah mula membuat perkhidmatan jualan online. Ini menunjukkan kesediaan orang Malaysia melakukan belian di Internet. Jumlah ini akan terus meningkat setiap tahun secara mendadak. 
Keadaan ini menunjukkan pentingnya untuk membawa apa sahaja perniagaan ke Internet.

58% belian di Internet adalah menggunakan kad kredit. Selebihnya adalalah melalui bank-in, online banking, COD, cek dan juga wang pos. Penggunaan kad kredit yang tinggi di Internet merupakan satu peluang untuk usahawan dalam mempermudahkan jualan produk ataupun perkhidmatan.

Berita baiknya, menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan adalah mudah. Dengan hanya mempunyai merchant account (sama ada yang percuma atau berbayar), anda boleh mula menerima bayaran kad kredit dari pelanggan Malaysia, ataupun dari sesiapa sahaja seluruh dunia untuk perniagaan anda



















2 comments: