Showing posts with label irfan khairi. Show all posts
Showing posts with label irfan khairi. Show all posts

Wednesday, 9 April 2014

Duit BANYAK pun tak cukup kalau...


Masalah kewangan bukan sahaja hadir pada mereka yang kekurangan wang. Mereka yang banyak wang juga mempunyai masalah wang. Bak pepatah yang berbunyi. "Lebih besar periuk, lebih besar keraknya". Bila pendapatan bertambah, perbelanjaan juga turut bertambah. Prinsip ini dikenali sebagai undang-undang Parkinson, dihasil oleh penulis C. Northcote Parkinson bertahun-tahun dulu. Prinsip ini juga menjelaskan mengapa mereka yang berpendapatan tinggi juga boleh menghadapi masalah kewangan.

Pendapatan naik, perbelanjaan naik


Bukan satu keadaan yang luar biasa bila pendapatan kita hari ini, mungkin sudah lebih daripada pendapatan kita ketika baru mendapat kerja bertahun-tahun lalu.  Pada ketika itu, rasa seperti kewangan tidak cukup sekadar cukup-cukup makan sahaja. Hari ini, bila pendapatan sudah berganda, pelik apabila mungkin dirasakan kewangan tidak mencukupi menanggung gaya hidup hari ini.

Tabiat manusia sering mahu berbelanja apa yang dimiliki, dan lebih lagi. Tidak kira berapa banyak pendapatan, tetap merasakan ianya tidak mencukupi

Melawan arus

Untuk keluar daripada keadaan ini, secara sedar seseorang itu perlu melawan arus undang-undang Parkinson. Anda perlu bertekad untuk melawan kehedak untuk berbelanja lebih apabila mendapat pendapatan yang lebih.
Sememangnya kita merasakan apabila pendapatan bertambah, kita mampu membeli lebih banyak barangan untuk kepuasan diri. Namun sekiranya kenaikan perbelanjaan adalah selari dengan kenaikan pendapatan, maka keadaan kita adalah sama sahaja ketika berpendapatan rendah.
Image
Teringat saya pada satu perjumpaan bersama suami dan isteri yang berpendapatan agak tinggi. Gabungan pendapatan bulanan suami dan isteri itu adalah tinggi sehingga mencecah RM30,000. Tetapi, dengan memiliki 4 buah kereta mewah, dan rumah bungalow yang bernilai RM3juta yang masih berhutang. Dihujung bulan  baki wang yang ada ditangan adalah kurang dari RM2,000 sahaja bulanan apabila telah ditolak dengan perbelanjaan-perbelanjaan mewah yang lain. Maklumlah, apabila memiliki rumah mewah dan kereta mewah, pastinya perlu keluar makan-makan pun di tempat yang mewah juga.

Baki sebulan dalam lingkungan RM2,000 mungkin dilihat adalah besar. Tetapi jangan lupa pula, bila gaya hidup mewah selain daripada perbelanjaan rutin yang mewah, perbelanjaan kecemasan juga adalah mewah!

Bayangkan sekiranya kereta mewah perlu di hantar servis kerana  ada kerosakan. Tak akan pula belanja bengkel kereta mewah beratus ringgit. Pastinya beribu ringgit dan jangan lupa gandakan dengan 4 biji kereta. Ataupun kos baik pulih sebarang kerosakan dirumah. Pastinya rumah mewah menggunakan lekapan mewah. Harga gantinya? Anda sendiri tahu jawapan bukan?

Apa yang berlaku disini adalah keadaan keluarga yang tewas dengan undang-undang Parkinson. Walaupun berpendapatan tinggi, tetapi tidak mampu mengelakkan diri  dari masalah kewangan.

Mampukah anda...

Kemampuan kewangan bukan hanya dilihat pada sama ada anda mampu mendapatkan sesuatu itu pada pendapatan anda kini. Tetapi, sama ada anda mampu mengekalkan gaya hidup anda. Bukan untuk sebulan dua atau setahun dua, tetapi untuk berpuluh tahun akan datang. Tidak semestinya apabila anda berpendapatan tinggi, anda akan hidup selesa bebas masalah kewangan. Anda akan bebas kewangan apabila secara sedar dengan tekad anda melawan undang-undang Parkinson ini. 




Artikel oleh: Irfan Khairi

Friday, 7 March 2014

5 Sebab Mengapa Perlu Media Sosial Untuk Setiap Perniagaan

Mengapa Perlu Media Sosial Untuk Setiap PerniagaanOleh Irfan Khairi



Zaman telah berubah, cara promosi juga perlu berubah. Dari zaman pertanian, perindustrian, informasi dan kini zaman teknologi komunikasi. Zaman komunikasi ini amat sinonim dengan penggunaan media sosial smaa ada Facebook, YouTube, Twitter, Instagram, hingga ke Google+.

Pada mulanya media sosial bermula dengan blog yang berasal dari perkataan Web Log. Menggunakan media internet untuk memberi update seperti diary atau buku log sejak awal kewujudan Internet. Blog saya pertama bermula pada tahun 2000 ketika saya memberi update keluarga di Malaysia (ketika itu bekerja di UK) setiap hari apabila anak yang sulung dilahirkan.

Kini, media sosial lebih kepada dua hala dan lebih interaktif bukan sahaja dengan teks dan gambar sahaja, tetapi juga dengan bunyi, video dan animasi. 

Terutama bagi usahawan dan bakal usahawan, ia merupakan satu medium yang amat penting dalam perniagaan zaman ini. Bagi mereka yang mengabaikannya, akan mengabaikan pasaran yang amat besar untuk perniagaan mereka.

Mengapa anda memerlukan media sosial untuk perniagaan? 
Image

Berikut adalah 5 sebab ringkas...


1.       Ianya percuma
Zaman telah berubah, kaedah promosi juga perlu berubah. Sekiranya dulu perlu mencetak beribu-ribu brochure dan leaflet untuk diedarkan kepada bakal pelanggan dan memakan belanja yang tinggi, kini hanya menggunakan media sosial, anda dapat mencapai beribu-ribu prospek secara percuma.

2.       Kenalan dan prospek menggunakan media sosial
Kenalan dan prospek anda kini sering menggunakan media sosial. Dengan lebih 80% pengguna Internet Malaysia mempunyai akaun Facebook, bakal pelanggan anda adalah dihujung jari sahaja oleh kerana ramai kini menggunakan media sosial secara mobile di telefon pintar atau tablet.

3.       Mendapat publisiti
Mereka di industi media sering mencari bahan-bahan baru setiap hari. Ramai antaranya kini menggunakan media sosial untuk mencari bahan tersebut. Sekiranya perniagaan anda dapat menarik perhatian media melalui media sosial, ia merupakan peluang untuk anda mendapat publisiti tambahan untuk perniagaan anda.

4.       Mendapat jualan
Setiap kali anda meninggalkan mesej, status, tweet,  komen di media sosial anda, ia merupakan usaha untuk meningkatkan jenama anda di kalangan pengikut anda. Setiap kali jenama anda diingati prospek, maka lebih mudah untuk anda melakukan jualan. Sampaikan maklumat-maklumat berguna di medial sosial anda untuk mendapat pengikut yang meminati industri perniagaan anda.

5.       Pesaing anda melakukannya
Setiap hari makin banyak perniagaan yang menggunakan media sosial. Sekiranya anda tidak, pastinya anda akan ketinggalan dengan pesaing-pesaing anda. Bayangkan kini betapa ramai followers pesaing anda memiliki. Sekiranya dibiarkan dan anda tidak melakukan apa-apa untuk meningkatkan followers anda, apa akan terjadi dengan perniagaan anda setahun atau dua tahun akan datang? Pastinya akan tertewas dengan pesaing...

Apa yang anda perlu lakukan? Sekiranya anda berniaga atau merancang untuk berniaga, pastikan anda lengkapkan ilmu perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial untuk mendapat kelebihan lebih jauh dari pesaing anda!