Wednesday 29 January 2014

Apa itu Detox??

Apa itu Detoksifikasi?
Detoksifikasi adalah Proses pembuangan racun dari dalam tubuh. Proses ini sangat POSITIF kerana membantu tubuh melakukan proses pembersihan diri secara alami.

Apakah dialami setiap orang? 
Tidak semua orang


Faktor apa yang menentukan?
Karena setiap orang mempunyai metabolisme yang berbeza, maka tanda yang muncul dalam proses detoksifikasi setiap orang juga beza.



Perbezaan ini sangat tergantung pada BANYAKNYA RACUN dalam tubuh dan KEPEKAAN tubuh pada perubahan

Bagaimana gejala detoksifikasi?
Pusing, Mual, Gejala Flu, Sembelit, Mulas, Cirit Birit atau Gatal-gatal

Detoksifikasi Perlu Untuk: 
1. Mencegah penyakit
2. Merehatkan organ tubuh
3. Membersihkan bahagian dalam tubuh
4. Membersihkan jerawat
5. Memperlambat proses penuaan
6. Meningkatkan fleksibiliti tubuh
7. Meningkatkan kesuburan

Setelah Detoksifikasi anda akan merasa...
Lebih kreatif, bersemangat, produktif, rileks dan nyaman

SEPERTI KITA BERKUMUR SEHABIS SIKAT GIGI, MINUMLAH 2-3 LITER AIR PUTIH SELAMA DETOKSIFIKASI...........PASTI OK!!!! 

Monday 27 January 2014

Solat Dhuha



Kelebihan Solat Dhuha dan kehebatan Doa Solat Dhuha

Doa Solat Dhuha

Maksudnya Doa Selepas Solat Dhuha;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Saya mula tertarik untuk menyusuri kelebihan Solat Dhuha ini apabila membaca doa selepas solat Dhuha ini. Antara bait-bait doa yang menarik perhatian saya iaitu, Jika rezeki dilangit turunkanlah, jika rezeki dibumi minta dikeluarkan, jika rezeki jauh, dekatkanlah. Jika haram, sucikanlah…
Ya Rabbi, sungguh…Doa ini yang membuatkan saya terus mencari kehebatan solat Dhuha ini. Saya tidak hairan mengapa para sahabat Nabi yang hidup serba kekurangan, namun bagi mereka, keperluan mereka sudah mencukupi untuk mereka meneruskan kehidupan yang sementara ini.
Jika anda masih merasakan diri andai berkehendak kepada keperluan-keperluan dunia yang amat menakutkan seperti iphone,galaxy note,imac,tv LCD HD 3D 50 inci, kereta mewah BMW, rumah banglo 3 tingkat yang ada kolam didalamnya, saya sarankan jadikan amalan solat Dhuha ini sebagai satu doa kepada Allah, supaya menurunkan ‘rasa cukup’ terhadap keinginan keperluan dunia kita yang menggila ini.
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Cara Melakukan Solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha.
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.
Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut.
Barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

صَدَÙ‚َØ©ٌ ÙˆَÙ†َÙ‡ْÙŠٌ عَÙ†ْ الْÙ…ُÙ†ْÙƒَرِ صَدَÙ‚َØ©ٌ ÙˆَÙŠُجْزِئُ Ù…ِÙ†ْ Ø°َÙ„ِÙƒَ رَÙƒْعَتَانِ ÙŠَرْÙƒَعُÙ‡ُÙ…َا Ù…ِÙ†ْ الضُّØ­َÙ‰

Monday 20 January 2014

antara vitamin dan makanan sunnah




Makanan Sunnah



Masa berganti hari, minggu berganti bulan dan tahun.Tanpa disedari, fenomena pengambilan makanan yang kurang baik untuk kesihatan semakin berleluasa. Adakah ini menunjukkan kita lupa dan alpa akan makanan Sunnah junjungan kita Muhammad SAW? Yang penuh dengan khasiat tersirat dan baik untuk kesihatan serta pelancaran organ dalaman.Kadangkala kita sering leka dan tidak mengambil peduli terhadap makanan yang diambil. Tidak menilai dari aspek kualiti dan kesannya kepada diri yang akan menempuh kehidupan yang kita sendiri tidak tahu pelbagai mehnah dan ujian menanti di hadapan.

Terfikirkah kita, apakah rahsia disebalik khazanah berharga ini?Ya,mungkin ramai juga yang mengamalkan pengambilan makanan Sunnah ini tetapi tidak ramai yang meneroka dan menyingkap kelebihan serta rahsia disebaliknya. Seperti yang kita ketahui antara makanan Sunnah yang boleh diamalkan dalam pemakanan kehidupan seharian kita adalah seperti Buah Kurma, Kismis, Madu, Buah tin, Buah zaitun, buah delima, buah apricot, kacang badam, za’faran, dan banyak lagi. Kesemua makan Sunnah di atas pula dipecahkan lagi dengan pelbagai jenis dan aneka rasa.Kadangkala dicampurkan makanan tersebut di dalam masakan, kek, air dan juga dimakan begitu sahaja.- See more at: http://norfanil.com/rahsia-disebalik-pengambilan-makanan-sunnah/#sthash.gzSwNl0W.dpuf

VITAMIN



Vitamin itu adalah suatu sebatian organik yang diperlukan oleh badan manusia (atau organisma lain) di dalam kuantiti yang sedikit yang mana ianya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh organisma tersebut, dan perlu didapati daripada makanan yang diambil. Jadi istilah "VITAMIN" itu bergantung kepada dua-dua perkara ini - keperluan dan organisma. Sebagai contoh, vitamin C (asid askorbik) adalah vitamin yang diperlukan oleh manusia, tetapi tidak kepada hampir semua haiwan lain. Istilah vitamin juga TIDAK meliputi sebatian-sebatian nutrien yang diperlukan oleh manusia seperti mineral, asid lemak, dan asid amino essential. Ada terdapat 13 vitamin (sahaja) yang telah termaktub dalam ilmu perubatan, selepas ratusan dan ribuan tahun kajian perubatan di dalam sejarah tamadun manusia yang kita boleh alami dan lihat sendiri sampai ke hari ini, di saat ini. Jangan keliru, jangan cuba nak berfikir yang bukan-bukan, jangan terasa nak buat fantasi - HANYA ADA 13 VITAMIN SAHAJA

Antara vitamin dan makanan sunnah

Takdapat dinafikan kesedaran masyarakat tentang vitamin sudah semakin meningkat. Lihat saja di pasaran pelbagai jenama yang timbul. Ada yang sangat terkenal mahupun baru hadir daam pasaran.

Apa yang perlu kita tekankan sebelum membeli pelbagai jenis vitamin ini adalah perlu dilihat dari pelbagai sudut contohnya:-

  1. Pengeluar- Syarikat yang mengeluarkan vitamin haruslah sudah lama dalam pasaran. Bukan yang baru setahun jagung berada di Malaysia mahupun negara luar. Seperti Shaklee sudah berada dalam pasaran US sejak 58 tahun yang lepas. 
  2. Bahan yang digunakan-haruslah semulajadi mesra alam selamat serta terbukti berkesan.
  3. Masalah yang kita hadapi- setiap vitamin perlulah disesuaikan dengan masalah yang melanda diri. Lebih baik pilih vitamin untuk setiap penyakit @ masalah supaya vitamin itu dapat bertindak dengan lebih spesifik.
bukan kita tidak digalakkkan makan makanan sunnah tapi untuk menikmatinya dengan kuantiti yang banyak dan juga untuk menampung keperluan tubuh badan adakalanya tidak mencukupi. Dengan adanya vitamin-vitamin yang telah diuji dan dikaji penggunaannya dapatlah ia memenuhi keperluan tubuh badan kita.Contohnya seperti vitamin dari SHAKLEE.

Vitamin Shaklee 

  • walaupun ada yang mengatakan vitamin ini dari Syarikat US namun ia tetap menjadi antara vitamin yang sering menjadi pilihan pertama di dunia. Dengan adanya pengiktifan sijilHalal yang diperbaharui setiap tahun dari ISA (Islamic  Services of America) kami memilihnya tanpa ragu2.
  • sesetengah produk shaklee diekstrak dari makanan sunnah contohnya:-

      VIVIX adalah dari ramuan semulajadi terdiri daripada ANGGUR muscadine
   yang mempunyai kromosom yang memberi faedah kesihatan yang lebih baik 
   serta menyediakan fungsi imun yang tinggi.
  • Shaklee adalah syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Energizing soy protein (ESP) diiktiraf seluruh dunia, ia merupakan satu2nya produk didunia yg mempunyai 9 asid amino yg tak dpt dihasilkan oleh tubuh manusia.
"Satu hidangan ESP=2xganda daging, 4xganda telur, 12kali ganda susu"
          inilah yang dikatakan setiap hidangan dapat memenuhi setiap amalan makanan sunnah.

          ESP + KURMA +SUSU
         
  • Didalam krisis pemulihan, kita digalakkan minum air bersih sekurang-kurangnya 3liter sehari. Minum air masak yang disyorkan 10 gelas sehari bole dicapai dengan cara mudah iaitu setiap solat 5waktu sebelum dan selepas. Air masak juga bole dicampurkan dengan sedikit madu sebagai tambahan untuk rasa manis.
  • Percubaan untuk menjatuhkan Shaklee kerana diperkatakan menyokong yahudi telah lama menjadi perbualan hangat atas alasan seorang lelaki yang menggunakan wang dari berniaga Shaklee sebagai sumbangan kemanusiaanya. Kita tidak perlu ambil itu sebagai bahan untuk menidakkan kebenaran. Bukan nya SHAKLEE yang menyumbang kepada yahudi seperti MCdonald dan COCA COLA mahupun STARBUCK yang terang2an memberi keuntungan syarikat kepada pihak yahudi tapi berapa ramaikah kita yang masih saban hari membeli makanan minuman tersebut? Siapa kita untuk menghukum mereka2 itu? kita hanya kuasa kecil serta suara kerdil yang hanya mampu mengomel menulis di FB wall, di personal blog ataupun tweeter bahkan instagram. 
  • Maka buatlah pilihan sendiri mana yang terbaik untuk diri anda... 

          "jika tak mampu mengubah dunia cukuplah sekadar mengubah diri dan 

keluarga terdekat"


  • Saya memilih untuk bersama SHAKLEE kerana ternyata ia menetapi syariah seperti yang telah termaktub dalam garis panduan daripada JAKIM


Sehubungan ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:
"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam".

Terjemahan Surah Al Mulk ayat 15