Saturday 4 January 2014

Gym perlu ke?

5 Cara Kekal Cergas Tanpa ke Gimnasium!


Tak semua orang ke gimnasium (gim). Gim – gim  komersial yang terdapat di pusat membeli belah kebiasaannya mengenakan caj bayaran yang mahal. Mungkin pula gim – gim yang berdekatan di kawasan perumahan biasanya untuk bina badan, ekstrem dan kebanyakannya lelaki. Menyertai gim sememangnya cara yang bagus untuk kekal cergas, tetapi banyak juga cara lain untuk kelas cergas tanpa menyertai mana-mana gim.


Bootcamp sendiri


Pergilah kemana – mana taman rekreasi berdekatan dengan tempat tinggal anda. Bootcamp sendiri pastinya lebih seronok dan pasti membakar kalori anda. Buat sendiri sahaja tanpa perlukan pengajar tapi pastikan dengan cara yang betul. Buat rutin seperti squat, lunges, sit-up, push-up dan lompat bintang.

 

Berjalan kaki

Berjalan kaki adalah satu senaman yang paling mudah dan senang di lakukan. Ia langsung tidak memerlukan sebarang alatan kecuali sepasang kasut. Elakkan meletakkan kenderaan dekat dengan pintu masuk pusat membeli – belah dan tempat kerja. Jalanlah kaki sejauh mungkin. Berjalan kaki amat bagus untuk kesihatan anda.



Pergi mendaki

Untuk mereka yang sukakan aktiviti outdoor, mendaki bukit dan gunung juga adalah cara untuk kekal cergas sentiasa. Mendaki membuatkan jantung anda mengepam dengan lebih laju sambil menikmati udara yang segar semasa mendaki. Kalori juga terbakar dengan banyak dan ianya aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan. Kepuasan lebih dirasakan berbanding di gim.



Kerja rumah sebagai senaman

Sambil menyelam, minum air. Itu pepatah yang sesuai dengan aktiviti ini. Kerja rumah yang biasanya dilakukan seperti menyapu, mengemop, mencabut rumput, membasuh kereta dan sebagainya juga membakar kalori anda. Bukan sahaja rumah bersih dan cantik, anda juga dapat mengekalkan kecergasan badan anda.


Yoga

Apa yang anda perlukan cuma tikar yoga dan pakaian yang bersesuaian untuk melakukan yoga. Untuk mereka yang baru ingin mencuba yoga, banyak cara-cara dan demonstrasi di dalam internet. Cuma perlu cari dan cuba praktiskan di rumah. Yoga dapat membetulkan postur tubuh anda dan dapat mengekalkan kecergasan badan.






SUMBER:MLPHEALTH

No comments:

Post a Comment