Sunday 19 January 2014

5 Tanda Bakal Lahirkan Anak Lelaki


Bukan sekadar Kate Middleton sahaja yang selamat melahirkan seorang putera yang sihat. Baru-baru ini ramai ibu-ibu muda seperti Kim Kardashian dan Vivy Yusuf yang menyambut kelahiran seorang cahaya mata. Mungkinkah sekarang musim mendapat anak?

Seandainya anda seorang ibu mengandung, mari kita lihat bersama beberapa cara untuk melihat samada anak dalam kandungan itu bakal lahir sebagai lelaki atau perempuan.

(Klausa pengecualian: Ini semua sekadar jenaka. Kita semua sedia maklum bahawa hanya Tuhan yang menentukan jantina kandungan)

Warna kegemaran si Ibu


5-tanda-bakal-lahirkan-anak-lelaki

Ingat tidak bagaimana Kate Middleton gemar memakai rona biru? Rupa-rupanya beliau bakal memperolehi cahaya mata lelaki, oleh itu warna kegemaran beliau sedondon dengan warna yang sering disamakan dengan lelaki.

Makanan Ibu Mengidam



Kata orang tua, jika si ibu sering mengidam makan makanan manis, maka anak dalam kandungan mungkin anak perempuan. Jika si ibu mengidam makan benda masam atau masin, kemungkinan besar anak dalam kandungan merupakan anak lelaki! Menurut majalah US Weekly, Kate dahulu sering mengidam makanan India. Kebiasaannya makanan India masin, jadi ada kebenarannya di situ!

Kim Kardashian pula sering makan makanan manis seperti Fro-yo, maka tidak hairanlah apabila anak yang dilahirkan keluar sebagai perempuan!

Ibu Hilang Seri atau Semakin Berseri?




Biasanya jika ibu mengandung kelihatan tidak bermaya, ini kerana anak perempuan yang dikandungkan itu mengambil kecantikan ibu. Tetapi sekiranya si ibu kelihatan lebih berseri ketika mengandung, maka anak dalam kandungan merupakan anak lelaki!

Sepanjang tempoh mengandung, Kate kelihatan menawan, namun kita sering katakan itu semua kerana pasukan “penyelamat” dan mekap yang iringi beliau biar kemana-mana sekalipun. Berbeza pula dengan Kim Kardashian, yang kelihatan kurang menarik sepanjang tempoh mengandung.


Loya Semasa Awal Mengandung
Sekiranya anda alami loya tekak yang teruk semasa mula-mula mengandung, ini merupakan tanda kandungan anda seorang perempuan. Jika tidak sakit mana, maksudnya kandungan mungkin lelaki.

Umur Si Ibu



Ini merupakan mainan matematik. Seandainya dua digit dalam usia si ibu semasa mengandung dicampurkan dan hasilnya adalah nombor genap, maka anak dalam kandungan merupakan anak lelaki. Contohnya usia Kate Middleton semasa mengandung adalah 31. 3+ 1= 4 dan 4 merupakan nombor genap! Jika hasil adalah angka aneh maka anak dalam kandungan adalah anak perempuan.



No comments:

Post a Comment