Monday 6 January 2014

Hangatkan suasana di kamar tidur!







Baru-baru ini kita lihat bagaimana pasangan terkenal dunia, Jay Z dan Beyonce hangatkan suasana di kamar tidur dengan berbelanja mewah. Jadi kali ini kita cuba membantu “menyerikan” semula  suasana di kamar tidur bagi pasangan yang sudah lama berkahwin.


Yakin dengan bentuk badan anda

Semakin meningkat usia seorang wanita, mulalah timbul keraguan berkait bentuk badan. Kunci disini adalah untuk sentiasa yakin dengan tubuh badan anda. Senaman dan penjagaan permakanan ada kalanya boleh bantu tingkatkan keyakinan. Nak kembali langsing seperti zaman anak dara memang sukar, jadi perlulah diterima hakikat ini. Namun tidak bermakna anda tidak mampu kelihatan menarik langsung.

Rajinkan diri melaram

Apabila sudah lama bersama, memang rasa selesa dengan penampilan tanpa solekan atau berpakaian selekeh. Bukan nak pergi mana-manapun, fikiran yang terdetik di hati. Biarpun begitu, pasangan anda masih seorang lelaki yang gemar melihat kecantikan (bukankah itu lumrah manusia, sukakan perkara yang indah?) Jadi sekali-sekala rajinkan diri berpakaian cantik dan bersolek untuk tatapan si dia agar si dia tidak muak.

Makan vitamin 


Antara khasiat Alfalfa Complex bagi hubungan keintiman suami isteri :
  • - Mengandungi phytoestrogens yang menyebabkan ia mempunyai khasiat seperti kacip fatimah untuk merapatkan bahagian intim wanita.
  • - Membantu meningkatkan libido.
  • - Meningkatkan keinginan untuk bersama.
  • - Membantu mengurangkan masalah keputihan.
  • - Merawat masalah kekeringan vagina 
Khasiat Vitamin E Shaklee untuk meningkatkan keintiman suami isteri :

Peranan vitamin E kepada suami:

1. Lebih tenaga
2. Ereksi yang lebih lama

3. Lebih cepat terangsang

4. Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat

Peranan Vitamin E untuk isteri:
1. Lebih tenaga
2. Ereksi yang lebih lama
3. Lebih cepat terangsang
4. Untuk menstabilkan hubungan seks/kewanitaan terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi


Vitamin E juga membantu seorang isteri menstabilkan hormonnya sekaligus meningkatkan citarasa seksual.

Mungkin vitamin E boleh diberi jolokan ‘vitamin malam Jumaat’

Buang “granny panties”!

Granny panties tempatnya bukan di almari anda. Jika mahu menarik perhatian si dia, pastikan almari pakaian dalam diisi dengan pakaian dalam selesa dan seksi, bukan selesa dan berupa granny panties.

Makeover gaya

Perubahan gaya menunjukkan seorang wanita yakin dan seksi. Sekali-sekala ubah gaya rambut, pakaian atau solekan. Pasti ini akan membuka mata si dia.


Petua dan tips daripada Dr.Fatma.
(From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class How to use the Surah Al Fatihah)

1. To make someone (YOUR Husband/Wife/ your children)
    think of you all the time :

* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.


Tips hangat menyengat

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak `cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi `trang-tang- tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam. Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"


 Keempat, ketika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

No comments:

Post a Comment