Wednesday 1 October 2014

Senaman Minda Untuk Berjaya

8 Senaman Minda Untuk Berjaya
credit to:Irfan Khairi

Kejayaan bermula dari minda. Minda yang positif akan memberi aksi yang positif. Sekiranya aksi yang kita lakukan tidak membawa kepada kejayaan, maka, kita perlu berbalik kepada minda. Terdapat 8 senaman minda yang perlu kita lakukan dalam mempersiapkan minda kita ke arah aksi yang positif.

1. Fikirkan masa hadapan
Mereka yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan.  Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.
Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda positif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.
2. Punyai matlamat dalam minda
Miliki matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan sering kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.
Adakah anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka, dapatkan pen dan kertas serta tuliskan dengan  spesifik  apa, bila dan bagaimana anda ingin mencapai matlamat anda.

3. Komitmen kepada kecemerlangan
Berikan komitmen kepada kecemerlangan. Mereka yang berjaya sering memikirkan cara untuk menjadi hebat dalam industri mereka. Walaupun, belum mencapai kecemerlangan, fikirkan ke arah itu. Dalam apa sahaja industri sekalipun, telah terdapat mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Tidak kira apa pun bidang anda, lakukan penyelidikan keatas mereka dan ketahui teknik dan strategi yang telah digunakan. Beri komitmen kepada minda anda bahawa untuk berjaya, kecemerlangan perlu diutamakan- dan kecemerlangan memerlukan ilmu. Apabila minda hebat,  kejayaan pun pastinya hebat!

4. Fokuskan kepada penyelesaian
Mereka yang berjaya memikirkan keputusan dan penyelesaian, dan bukannya masalah. Latihkan minda anda untuk memikirkan keputusan yang ingin dikecapi dan jauhkan dari segala pemikiran yang negatif.
Pemikiran negatif akan membunuh semangat kita. Suara-suara negatif dalam dan juga di luar diri kita akan menjatuhkan motivasi dan membuatkan kita fikirkan masalah. Dalam apa sahaja usaha kita, pastinya akan bertembung dengan pelbagai masalah. Fokuskan  minda kita kepada penyelesaiannya.
5. Orientasi keputusan
Setiap insan mempunyai kekuatan masing-masing. Fokuskan minda kita pada kekuatan yang kita miliki. Kekuatan yang dimiliki akan memberi hasil keputusan yang terbaik. Di manakah kekuatan anda yang  perlu  anda fokuskan?
Berikan tumpuan kepada minda untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Berbuat begini akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Anda perlu sedar bahawa kebanyakan masa kita yang tidak memberi fokus kepada keputusan, ia akan berakhir  dengan membuang masa.
Senamkan minda anda supaya ingin mengejar keputusan hari ini, esok, lusa, minggu hadapan, bulan hadapan dan juga tahun-tahun yang akan datang. Tiada masa untuk membuang masa!

6. Fikirkan kegagalan membawa kejayaan
Lihat saja kesemua ikon-ikon yang berjaya di dunia ini, hampir kesemuanya melalui kegagalan sebelum berjaya. Ini adalah kerana mereka meletakkan benchmark, atau menjadikan kegagalan dalam hidup mereka itu sebagai satu tanda untuk mereka melepasinya. Dengan selalu berfikir setiap kegagalan yang kita alami dan tempuhi itu sebagai satu garisan untuk kita mencapai kejayaan, minda kita akan bertindak positif dan selalu mengingatkan kita arah kejayaan, dengan cara itu minda kita semua juga memberitahu kita boleh berjaya dengan cemerlang.

7. Dedikasi dalam memperbaiki diri
Minda yang tidak disuapkan dengan ilmu, akan menjadi lesu dan di takuk lama sahaja. Penuhi minda dengan ilmu-ilmu baru, sama ada dari membaca buku, internet, mempelajari dari mereka yang telah berjaya, serta menghadiri majlis-majlis ilmu.
Dedikasikan diri anda supaya sering mempelajari kaedah dan teknik baru dalam industri anda. Mereka yang berjaya adalah mereka yang  sering membaca dan mengaplikasikan ilmu-ilmu baru.
Ada juga yang menganggap, kejayaan adalah berdasarkan nasib. Tetapi, selalunya, lebih banyak ilmu yang kita miliki, lebih baik 'nasib' yang akan datang  kepada kita!
8. Lakukan sesuatu sekarang!
Apa yang anda perlu lakukan selepas membaca artikel ini? Lakukan sesuatu sekarang ke arah kejayaan anda. Membuang masa dan melengahkan masa adalah sesuatu yang kita selalu lakukan, sehingga minda kita telah dilatih  iaitu 'melengahkan masa' sebagai satu tabiat.
Setiap orang mempunyai masa 24 jam. Mereka yang berjaya, mahupun mereka yang sederhana, atau yang gagal sekalipun, tetap hanya mempunyai  masa 24jam sehari untuk diluangkan.
Semuanya bergantung kepada cara kita membahagikan masa dan menjimatkan masa. Tanamkan mindset yang aktif dan akan melakukan sesuatu SEKARANG dan bukan sekadar "Tunggu dulu... nanti-nanti kita buat" sifat sebegitu, pastinya tidak akan membawa anda ke mana-mana. Amalkan 8 senaman minda ini, anda pasti akan dapat merasa perbezaannya.

Penyakit Batu Karang dan penyembuhnya

Penyakit Batu Karang



ASSALAMUALAIKUM,  Saya mengalami penyakit batu karang sejak empat tahun lalu. Saya sudah menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang tahun lepas. Tetapi penyakit itu kembali dan saya selalu mengalami kesakitan hingga ke hari ini.Kadang-kala keluar darah semasa saya buang air kecil. 


STATISTIK

Dianggarkan 15 hingga 20 peratus rakyat Malaysia mengalami penyakit ini semasa hayat mereka.
Risiko untuk mendapat batu karang adalah lima hingga 10 peratus dan kemungkinan seorang hingga dua orang setiap 1,000 orang dalam populasi akan mengalami sakit akibat batu karang.
Kejadian batu karang kerap berlaku kepada pesakit berusia 30 hingga 50 tahun.
Pabila berbincang berkenaan penyakit batu karang, rata-rata pesakit yang kita kenali di sekeliling kita ialah lelaki.
Pelik tapi benar, berdasarkan kajian, penyakit batu karang sememangnya lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita.
Nisbah sebanyak tiga orang lelaki bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah batu karang.

Sakit yang dialami biasanya teruk dan tidak hairan jika lelaki dewasa boleh menangis bila sakit batu karang menyerang.


Batu karang

Batu karang merupakan butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Ia boleh terbentuk di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran ureter (saluran menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing).

Bagaimana terbentuk

Batu karang terbentuk apabila kandungan bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing pada kadar yang tinggi. Batu boleh terbentuk jika bahan tersebut pada kuantiti biasa tetapi jumlah air kencing sangat rendah.
Bahan tersebut akan membentuk kristal halus yang kemudian melekat pada dinding buah pinggang dan membesar hingga menjadi batu karang. Biasanya, batu karang akan bergerak melalui saluran air kencing dan keluar dari badan apabila kita membuang air kecil. Batu karang akan menyebabkan rasa sakit jika saiznya besar dan tersekat di saluran air kencing.




Punca 

Pakar perubatan percaya pembentukannya dipengaruhi genetik, persekitaran, diet dan jangkitan kuman di saluran kencing. Oleh itu, sukar untuk menjangka siapa mendapatnya. Jika ada ahli keluarga pernah mendapat batu karang, maka anda mungkin boleh dapatnya. Mereka yang pernah dijangkiti kuman di saluran kencing mudah mendapatnya.


Simptom 


Simptom utama adalah rasa sakit teramat sangat di belakang atau pinggang, digambarkan lebih teruk daripada sakit bersalin.

Apabila sakit menyerang, ia berlanjutan selama 20 hingga 60 minit dan dalam tempoh itu, sakit akan datang dan pergi. Hampir semua pesakit batu karang ada kesan darah di dalam air kencing atau hematuria.

Ramai pesakit turut rasa sakit atau panas apabila kencing dan boleh nampak butiran pasir halus di dalam air kencing. Ada mengadu demam, menggigil, rasa loya dan muntah.
Namun, ramai pesakit yang tidak mempunyai sebarang simptom. Mereka hanya tahu mengenai batu karang melalui pemeriksaan kesihatan bertujuan mengesan penyakit lain.


Rawatan moden

Rawatan bergantung pada saiz dan lokasi, kadar kesakitan dan keupayaan pesakit untuk minum. Jika doktor merasakan batu karang boleh keluar melalui air kencing kerana pesakit boleh tahan sakit, makan minum seperti biasa, mereka boleh berehat di rumah dan menunggu batu karang keluar sendiri.
Jika pesakit mengalami kesakitan teruk atau loya, doktor akan menahannya di hospital dan memberi ubat tahan sakit dan memasukkan air melalui saluran darah anda (IV fluids).
Jika pesakit mengalami demam dan sakit teruk, mereka akan ditahan di hospital untuk rawatan dan mengelak jangkitan kuman lebih serius.
Jika batu karang tidak dapat keluar sendiri melalui air kencing, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan kecil atau prosedur perubatan lain antaranya proses Lithotripsy yang sesuai untuk batu karang bersaiz kurang 1 cm.


Pencegahan

Pengambilan air yang banyak membantu mencegah kristal halus bercantum dan membentuk batu karang lebih besar. Ia juga memudahkan badan membuang batu karang yang bersaiz sangat kecil.

Pemakanan memainkan peranan mencegah pembentukan batu karang. Antara makanan yang menyebabkan pembentukan batu karang jika diambil berlebihan, daging, organ dalaman haiwan, garam, kacang, bayam, coklat, keledek.

Pemakanan vitamin yang dimakan mengikut keperluan perlu juga diambil perhatian. 


Supplemen Shaklee yg disyorkan untuk merawat/mencegah batu karang

  • B COMPLEX : Mengurangkan oksalat (garam) yg membentuk batu karang.
  • VITAMIN C : Menambah keasidan urin. batu karang tidak akan terbentuk di dalam urin yg berasid. Juga membantu penyembuhan luka dalaman.
  • OSTEMATRIX : mengandungi magnesium yg mengurangkan oksalat (garam) dan MENCEGAH pembentukan batu karang.
  • ALFALFA COMPLEX : mengurangkan infeksi dan inflamasi.
  • OMEGA GUARD : membakar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang.
  • LECITHIN : mengemulsi lemak dan minyak makanan yg dimakan dan menghalang daripada diserap oleh badan.

Rawatan al-Quran 

Ayat al-Quran memiliki mukjizat dan kelebihan untuk membantu penyembuhan masalah batu karang. 

Ayat-ayat tersebut adalah:
Surah al-Anbiyaa' ayat 74 hingga 81
Surah al-Qasas ayat 61 hingga 75
Surah al-Mukminun ayat 75
hingga 100
Surah al-Maidah ayat 48 hingga 55

Cara amalan ialah pesakit membaca surah pertama sebanyak tiga kali pada malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas itu, pesakit perlu berdoa kepada Allah memohon sembuh.

Ayat di atas dan daripada surah al-Anbiyaa' berfungsi memecahkan atau menghancurkan batu karang di dalam buah pinggang atau pundi kencing. Bila batu hancur dan halus seperti pasir, ia mudah dikeluarkan dari tubuh pesakit semasa buang air kecil.

Kita harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. 

Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, 
Allah berfirman; "….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

Allah berfirman di dalam al-Quran, surah at-Taghabun ayat 11, yang lebih kurang bermaksud;"Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."