Friday 27 June 2014

Sambut Ramadhan bersama Set cergas puasa Shaklee

Ramadhan adalan bulan kesembilan dalambulan Hijriyah. Bulan ini sangat istimewa bagi umat Islam kerana terdapat banyak keutamaan di dalamnya. Bulan ini merupakan waktu dimana berbagai amal kebaikan dilipat gandakan pahalanya jauh melebihi waktu-waktu diluar Ramadhan. 

Berikut keutamaan-keutamaan Bulan Ramadhan tersebut;

1. Ramadhan adalah Bulan diturunkannya Al-Quran 
 

2. Bulan Pendidikan untuk Mencapai Ketaqwaan



3. Bulan Pernuh Keberkahan 
"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkah. Allah mewajibkan kamu berpuasa, kerana dibuka pintu- pintu surga, ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan- syaitan, serta akan dijumpai suatu malam yang nilainya lebih berharga dari seribu bulan. Barangsiapa yang tidak berhasil mem¬peroleh kebaikannya, sungguh tiadalah ia akan mendapatkan itu untuk selama-lamanya." (HR Ahmad, An-Nasa’l, dan Baihaqi).

4. Ramadhan Bulan Pengampunan Dosa
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ihtisab, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (HR. Bukhari)
“Shalat yang lima waktu, dari jumat ke jumat, dan Ramadhan ke Ramadhan, merupakan penghapus dosa di antara mereka, jika dia menjauhi dosa-dosa besar.” (HR. Muslim)

5. Bulan Dilipatgandakanya Amal Sholeh

Khutbah Rasululah saw pada akhir bulan Sa`ban “Hai manusia, bulan yang agung, bulan yang penuh berkah telah menaung. Bulan yang didalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang padanya Allah mewajibkan berpuasa. Qiyamullail disunnahkan. Barang siapa yang pada bulan itu mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu kebaikan, nilainya seperti orang yang melakukan perbuatan yang diwajibkan pada bulan lainnya. Dan barang siapa yang melakukan suatu kewajiban pada bulan itu,nilainya sama dengan tujuh puluh kali lipat dari kewajiban yang dilakukannya pada bulan lainnya. Keutamaan sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan (HR. Bukhori-Muslim).

6. Dibuka Pintu Surga, Ditutup Pintu Neraka
“Jika datang Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutup pintu-pintu neraka dan syetan dibelenggu.” (HR. Muslim)

7. Terdapat Malam yang Penuh Kemuliaan dan Keberkahan yaitu Lailatul Qadar
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (QS. Al Qadr 1-3)

Luar biasa bukan keutamaan Bulan Ramadhan? Sudah sepantasnya jika kita mempersiapkan diri menyambut bulan yang agung tersebut dengan persiapan yang cukup, baik fisik, rokhani, maupun ilmu agar ibadah yang kita jalankan lebih sempurna dan mendapatkan semua yang dijanjikan Allah SWT.


Shaklee Mighty 3 Gem



 ~Amat sesuai untuk diambil oleh semua golongan termasuklah golongan ibu menyusu yang mahu berpuasa tanpa menjejaskan pengeluaran susu ibu, ibu yang sedang mengandung tanpa rasa risau berpuasa boleh menjejaskan tumbesaran janin, wanita dan lelaki yang mempunyai gastrik,kerja keras dan golongan warga tua yang dh kurang selera nk bersahur dengan menu yang berat.
Mighty Triple Gem membantu anda kekal cergas dan bertenaga walaupun sedang berpuasa.


Apa kelebihan Set Mighty 3 Gems Shaklee ni?

  • Bantu mengenyangkan.
  • Bantu mengelakkan dehidrasi.
  • Bantu bekalkan nutrisi lengkap.
  • Bantu kekalkan stamina.
  • Bantu bekalkan tenaga.
  • Bantu kembali aktif – terawih dan riadah.
  • Bantu mengurangkan selera makan.

Jom tengok testimonial pengguna yang sangat gembira setelah ambil set ini.

set mighty 3 gems shakleeset mighty 3 gems shaklee

Wednesday 25 June 2014

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelekat Yang Kaya Di Dunia & Akhirat

CREDIT TO: Facebook Dato Hj Roslan Ab Hamid


LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI 

LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.

Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.


2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.


3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.


4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.


6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..


7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.


8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"


17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.

(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.



20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.





Wednesday 18 June 2014

Khasiat mandi sebelum subuh

mandi-pagi

Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:

1) Kulit lebih lembut dan halus

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2) Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3) Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4) Mengurangkan risiko darah tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5) Mengurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6) Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

* Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.

sumber: harakahdaily.net

Tuesday 17 June 2014

Rawat VERTIGO dengan Shaklee

Apa itu Vertigo?

Ramai orang yang berasa pening sebenarnya mempunyai gejala vertigo iaitu sejenis pening menyebabkan rasa berputar, bergoyang atau badan tidak seimbang.

Anda mungkin merasakan anda sedang bergerak atau berpusing atau berasa bilik yang bergerak juga berpusing di sekeliling anda. Vertigo boleh disebabkan beberapa masalah berbeza yang membabitkan telinga atau otak.

Sesetengah masalah ini tidak serius, manakala yang lain boleh mengancam nyawa. Artikel hari ini menerangkan gejala vertigo dan membantu anda untuk tahu bila waktu sesuai mendapatkan bantuan.



Gejala vertigo Gejala paling biasa termasuk perasaan: 
  • Berpusing (anda atau ruang di sekeliling) 
  • Perasaan bergoyang 
  • Rasa hilang keseimbangan Perasaan ini boleh timbul dan lenyap serta boleh berlaku beberapa saat, jam, atau hari. Anda mungkin berasa lebih teruk apabila menggerakkan kepala. 
Perubahan kedudukan badan (berdiri, baring) dan apabila batuk atau bersin. Di samping itu, gejala lain ialah:
  • Muntah atau rasa loya 
  • Mempunyai sakit kepala atau menjadi sensitif kepada cahaya dan bunyi 
  • Penglihatan bertindih (double vision) 
  • Mempunyai masalah bercakap atau menelan, atau berasa lemah 
  • Kesukaran bernafas, berpeluh dan pergerakan jantung yang cepat Jika bertemu doktor telinga, hidung, tekak (ENT) untuk rawatan vertigo, anda perlu menerangkan berapa lama gejala yang lepas, apa yang mencetuskan gejala itu, dan yang berkaitan masalah. Petunjuk ini boleh membantu mencari penyebab vertigo.
Penyebab vertigo punca paling biasa termasuk: 
  • Masalah telinga – Pemendapan atau pembentukan kalsium (otolith) di saluran semisirkular, keradangan dan jangkitan tertentu boleh menyebabkan masalah dalam sistem vestibular. Sistem vestibular termasuk bahagian telinga dan sistem saraf, yang mengawal keseimbangan.
  • Benign paroxysmal postional vertigo (BPPV), penyakit Meniere dan radang urat saraf vestibular (vestbular neuronitis atau labyrinthitis) adalah tiga jenis yang paling biasa menyebabkan vertigo disebabkan masalah telinga.BPPV disebabkan pembentukan kalsium dalam telinga dipanggil otolith yang termendap di bahagian yang tidak sepatutnya di saluran semisirkular.Vertigo dalam BPPV biasanya berlaku beberapa saat berkekalan hingga beberapa minit. Vertigo biasanya dicetuskan oleh pergerakan kepala ke arah tertentu.
  • Penyakit Meniere adalah keadaan yang menyebabkan berlaku berulang kali tiga gejala yang sinonim iaitu vertigo, kehilangan pendengaran dan bunyi dalam telinga (tinnitus).


Vertigo yang berlaku boleh berlanjutan beberapa minit hingga ke beberapa jam. Ia mungkin disebabkan pembentukan cecair dalam koklea telinga.

Radang urat saraf vestibular, juga dikenali sebagai labyrinthitis, mungkin disebabkan virus yang menyebabkan bengkakan atau keradangan di sekeliling saraf itu.


Mereka yang mengalami keradangan ini akan mengalami vertigo yang teruk, loya, muntah dan kesukaran berjalan atau berdiri. Masalah ini boleh berlarutan beberapa hari. Sesetengah orang juga mengalami kesukaran pendengaran pada sebelah telinga.

  • Kecederaan kepala akibat kemalangan, trauma atau selepas pembedahan bahagian kepala boleh menjejaskan sistem vestibular dalam pelbagai cara, dan membawa kepada vertigo.
  • Ubat-ubatan – boleh berlaku tetapi jarang ubatan yang menjejaskan fungsi telinga atau otak dan membawa kepada vertigo.
  • Migrain – dalam keadaan yang dipanggil migrain vestibular, vertigo boleh disebabkan oleh migrain. Vertigo biasanya berlaku bersama sakit kepala, walaupun kadangkala gejala itu tidak berlaku serentak.
  • Masalah otak seperti strok atau TIA (serangan iskemia sementara), pendarahan dalam otak atau multiple sclerosis juga boleh menyebabkan vertigo.

Bila perlu dapatkan bantuan? 

Anda perlu mendapatkan bantuan segera jika mengalami pening atau vertigo bersama dengan mana-mana daripada yang berikut: l Pening atau sakit kepala yang teruk l Suhu badan melebihi 38 Celsius l Penglihatan bertindih atau menghadapi masalah melihat dengan jelas l Masalah bercakap atau mendengar l Kelemahan di lengan atau kaki l Ketidakupayaan untuk berjalan tanpa bantuan l Pitam l Kebas di bahagian badan l Sakit dada l Muntah tanpa berhenti 

Di samping itu, anda perlu mendapatkan bantuan segera jika mengalami vertigo yang berlangsung beberapa minit atau lebih jika: l Sudah berumur l Pernah diserang strok l Mempunyai faktor risiko untuk strok (tekanan darah tinggi, kencing manis, merokok) 
Jika anda mengalami pening atau vertigo yang datang dan pergi tetapi tidak mempunyai masalah di atas, sila buat temujanji dengan doktor ENT atau neurologi.

Mereka akan melakukan pemeriksaan fizikal dan boleh menjalankan ujian selanjutnya, bergantung pada pemeriksaan dan sejarah perubatan anda.

Rawatan vertigo 
Bagi kebanyakan orang, vertigo adalah mengganggu tetapi ia bukan disebabkan masalah serius. Rawatan untuk vertigo bertujuan merawat punca asas (jika punca dikenali), melegakan gejala menyebabkan vertigo dan membantu dengan pemulihan rehabilitasi vestibular.

Rawatan untuk gejala 
Jika anda mempunyai vertigo yang teruk dan berakhir untuk beberapa jam atau hari, doktor boleh mengesyorkan ubatan untuk melegakan gejala vertigo yang teruk seperti muntah. Rawatan dengan ubat biasanya tidak diperlukan jika vertigo berlangsung hanya beberapa saat atau minit.

Rawatan ubat-ubatan mungkin termasuk Antihistamin, ubat anti muntah atau ubatan yang sedatif mungkin digunakan bergantung kepada keadaan pesakit.

Kebanyakan ubat ini membuatkan anda mengantuk, maka jangan ambil sebelum bekerja atau memandu.

Anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan preskripsi untuk merawat gejala vertigo yang teruk dan perlu berhenti apabila simptom berkurangan.
Penyusunan canalith (otolith) adalah rawatan yang boleh disyorkan bagi orang yang mengalami vertigo akibat BPPV.

Rawatan akan dilakukan oleh jururawat atau ahli terapi di pejabat dengan menggerakkan kepala anda ke dalam kedudukan tertentu dengan kepala terjuntai di hujung kepala katil, kadangkala dipanggil maneuver Epley.

Anda mungkin diberi arahan mengenai bagaimana melakukan pergerakan sama di rumah, jika diperlukan. Pergerakan ini menggalakkan garam kalsium yang termendap untuk bergerak ke bahagian telinga yang sepatutnya, di mana ia akan diserap semula.

Anda mungkin mula berasa lebih baik selepas rawatan ini atau dalam satu atau dua hari. Doktor atau fisioterapi akan mengajar pergerakan tertentu yang boleh membantu untuk memulihkan vertigo itu.

Pemulihan cara kerja membantu otak anda menyesuaikan tindak balas kepada perubahan dalam sistem vestibular. Terapi ini juga boleh bantu melatih mata anda dan deria lain ‘belajar’ bagaimana untuk mengimbangi.

Terapi ini paling berguna apabila ia dimulakan secepat mungkin selepas mengalami vertigo. Ketika pemulihan, anda diajar melakukan senaman di rumah.
Sebagai contoh, anda mungkin bermula dengan memberi tumpuan pada objek berlatar belakang kosong dan menggerakkan kepala secara perlahan-lahan ke kanan dan kiri dan pergerakan kepala secara mendongak ke atas dan ke bawah. Anda akan melakukan senaman ini selama beberapa minit dua hingga tiga kali sehari.

Jika mempunyai masalah untuk berdiri atau berjalan kerana vertigo dan berisiko untuk jatuh, anda dinasihatkan berbincang dengan doktor, jururawat, atau ahli fisioterapi mengenai kebimbangan itu.
Untuk mengurangkan risiko jatuh, faktor yang membahayakan di rumah seperti talian telefon atau elektrik yang longgar dan permaidani licin perlu dielakkan.
Sumber : mymetroArtikel ini disiarkan pada : 2012/12/09

Oleh itu Shaklee juga ada mempunyai produk yang boleh menyeimbangi keperluan tubuh serta melegakan VERTIGO.

Tuesday 3 June 2014

Berapakah nilai RM diri anda sendiri?

Image

Apakah nilai yang anda letakkan pada diri anda sendiri? Dengan meletakkan nilai pada diri kita sendiri, bukan sahaja kita akan lebih menghargai  masa, tetapi juga memudahkan kita membuat sesuatu keputusan.

Nilai yang saya maksudkan ini adalah nilai dalam bentuk wang- ringgit Malaysia. Sekadar contoh,bayangkan seorang konsultan yang berpendapatan RM300 satu jam apabila mengendalikan pelanggan. Masanya adalah lebih berharga untuk mengendalikan pelanggan berbanding dengan mungkin keluar membeli peralatan pejabat yang boleh diagihkan kepada orang lain.

Seperti contoh di atas, usahawan tersebut dapat meluangkan masa kepada perkara yang lebih penting dan menjimatkan masanya. Dalam waktu yang sama dapat membuat keputusan sama ada perlu bersama pelanggan atau keluar membeli peralatan pejabat mengikut nilai aktiviti tersebut.

Sebagai usahawan, ianya  peting untuk meletakkan nilai pada diri sendiri. Tetapi ia juga tidak bermakna mereka yang bukan usahawan tidak perlu meletakkan nilai pada diri.

Memberi nilai kepada diri kita sendiri akan membuatkan kita lebih menghargai diri, dari segi masa yang diluangkan, kerja yang dihasilkan, juga usaha yang ditaburkan. Bila kita merasakan nilai kita tinggi, maka, pastinya  kita tidak mahu membuang masa. Kerana setiap waktu yang beredar, akan digunakan dengan sebaiknya seperti nilai yang diletakkan.

Bayangkan kita meletakkan nilai kita kini satu jam, bernilai RM1. Pastinya, kita umpama tidak perlu menghagai masa kerana nilai satu jam atau dua jam yang berlalu hanya RM1-RM2. Tetapi bayangkan sekiranya nilai kita satu jam adalah RM100 untuk satu jam. Apa yang akan dirasa adalah, setiap jam tersebut  adalah amat berharga kerana nilai kita tinggi. Bagaimana perasaan sekiranya 2 jam berlalu pada tahap nilai kita RM100 sejam? Pastinya kita akan rugi RM200! Besar tu.

Keadaan yang sama juga untuk menjelaskan konsep ini, pada hasil kerja dan usaha. Sekiranya kita meletakkan nilai wang pada hasil kerja dan usaha kita rendah, pastinya ia tidak dihargai dan mungkin kualiti kerja dan usaha juga adalah rendah.

Tetapi bayangkan anda seperti seorang doktor pakar bedah di mana nilai anda adalah amat tinggi. Pastinya setiap pembedahan yang anda lakukan adalah dengan amat teliti dan berkualiti- setaraf dengan nilai sendiri.

Berita baiknya adalah, anda tidak perlu menjadi pakar bedah, untuk mempunyai nilai yang tinggi. Oleh kerana, nilai anda, anda yang tetapkan dalam diri anda sendiri. Ianya bukan berdasarkan gaji anda ataupun keuntungan perniagaan anda. Nilai, anda anda yang tetapkan 100% oleh  kerana tujuannya adalah untuk menjadikan anda sendiri lebih produktif apabila meletakkan nilai wang pada waktu anda.

Manusia mempunyai otak yang amat hebat berbandingkan dengan komputer yang paling hebat di dunia. Tubuh badan kita juga adalah jauh lebih  maju dari apa sahaja robot yang pernah dicipta. Deria kita adalah amat canggih berbanding dengan apa sahaja ciptaan manusia yang lain. Di sini sahaja, nilai kita adalah terlalu besar untuk diletakkan.

Sekiranya kita yakin bahawa nilai kita adalah jauh lebih tinggi dari apa yang kita rasakan kini, ini akan meningkatkan lagi keyakinan diri kita dan membuatkan kita lebih menghargai diri, masa dan hasil kerja.
Soalannya, berapakah nilai RM yang anda letakkan pada diri anda sendiri? Lakukan aksi harian anda berdasarkan nilai tersebut. 


Oleh: Irfan khairi