Friday 14 February 2014

SAYANG JANTUNG ANDA

10 Tanda -tanda Utama Penyakit Kardio-Serebrovaskular


  1. Hipertensi penyakit yang paling berbahaya antara semua penyakit kardio¬serebrovaskular dan merupakan penanda awal penyakit jantung koronari serta strok serebrum;
  2. Rasa tidak selesa pada dada dan/atau sakit prekordium merupakan simptom¬simptom penyakit jantung koronari. Namun, mungkin tiada simptom jelas yang dapat dilihat dalam kes-kes yang tidak sebegitu serius. Rasa tidak selesa pada dada dan sakit prekordium yang teruk menandakan penginfarkan miokardium dan mungkin mengakibatkan kematian mengejut;
  3. Rasa gelisah, berdebar-debar dan/atau sakit retro sternum menandakan bahawa penginfarkan miokardium akut sudah mula terjadi;
  4. Aritmia kardium sering kali menjadi punca kematian mengejut akibat serangan jantung dan juga merupakan tanda kecenderungan seseorang untuk mati secara mengejut;
  5. Brachikardia/kadar jantung yang perlahan lazimnya dialami oleh mereka yang mengidap penyakit jantung koronari, miokarditis, hipertensi dan penyakit jantung reumatik yang boleh bertukar menjadi sindrom sinus sakit (sick sinus syndrome) yang amat berbahaya;
  6. Demam, rasa tidak selesa pada bahagian dada, palpitasi dan/atau sesak nafas menunjukkan bahawa jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi;
  7. Rasa sukar bernafas lazimnya diakibatkan oleh fungsi jantung yang terjejas, menyebabkan ia tidak dapat memperolehi bekalan darah dan oksigen yang secukupnya. Sesak nafas adalah tanda sakit jantung yang paling ketara;
  8. Kelesuan dan lemah badan dialami apabila bekalan darah yang dialirkan kepada tisu-tisu tubuh tidak cukup dan bahan-bahan buangan metabolisme seperti asid laktik tidak dapat dikumuhkan den gan baik. Simptom-simptom ini menandakan bahawa penyakit jantung semakin bertambah serius;
  9. Edema atau bengkak lazimnya disebabkan oleh pengumpulan air yang berlebihan dalam tubuh, terutamanya pada kaki dan bahagian bawah abdomen. Puncanya harus dikenal pasti secepat mungkin kerana ía mungkin menandakan masalah jantung yang serius
  10. Palpitasi, sinkope dan/atau pening kepala menandakan aritmia kardium. Pening dan sinkope merupakan tanda-tanda amaran yang menunjukkan bahawa bekalan darah tidak dapat dialirkan dengan baik kepada serebrum akibat penyakit kardio-serebrovaskular.

Rakyat Malaysia berdepan risiko mati mengejut 


2011/01/28

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini harus lebih mengambil berat terhadap masalah denyutan jantung berhenti secara mengejut (SCA) kerana ia mengakibatkan lebih banyak kematian berbanding penyakit barah atau AIDS. 

Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Razali Omar berkata jumlah pesakit yang mengalami SCA adalah dua kali lebih tinggi berbanding barah paru-paru dan tiga kali ganda daripada AIDS dan barah payu dara.

Katanya, mereka yang menhadapi risiko tinggi SCA adalah mereka di kalangan yang pernah diserang penyakit jantung, pesakit yang mengalami kegagalan jantung, orang yang pernah diserang SCA dan ahli keluarga mereka serta mereka yang memiliki tahap fraksi ejeksi (EF) yang rendah. 

"Rakyat banyak memperkatakan mengenai AIDS, barah payu dara. Memang ianya penting tetapi tiada siapa berbincang mengenai mati mengejut. Bila penyakit arteri koronari menjadi pembunuh kedua di Malaysia, maka ramai mendapat serangan jantung dan ia pasti disusuli rapat oleh kematian mengejut," katanya. 



Antara orang terkenal yang meninggal secara mengejut

Julai 2006 : Hani Mohsin Hanafi
Ogos 2009 : Ustaz Asri Rabbani
Januari 2011 : Faizal Yusop

Selain tu, Feao Latu dan Shamrin Photographer juga meninggal atas sebab yang sama. Kenapa mati mengejut? Kematian secara mengejut ni sering kali dikaitkan dengan sakit jantung. Hakikatnya, tahukah korang bahawa Faizal Yusop bukanlah penghidap sakit jantung selama dia hidup. Serangan jantung bukanlah punca satu-satunya punca kematian mengejut. Tetapi lebih kerap dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, HOCM, atau masalah ketebalan otot jantung.


Aktiviti elektrik jantung dicetuskan oleh sekumpulan sel khusus yang dikenali sebagai perentak / peacemaker. Kedua-dua perentak dan otot jantung memainkan peranan yang amat penting dalam pengecutan jantung. Bila jantung rosak berlaku satu fenomena di mana aktiviti dalam jantung menjadi porak-peranda. Bila tidak mengepam, seseorang akan pengsan. Kerosakan berkekalan pada otak berlaku selepas 3-4 minit jantung berhenti. Memandangkan otak itu mengawal jantung dan organ-organ yang lain, maka kematian akan menyusul.

Kematian mengejut sememangnya sukar dikesan. Tetapi, kita boleh mengelak daripada mati mengejut. Walaupun kematian mengejut memanglah sukar dikesan pada peringkat awal, yang penting : Jaga Kesihatan Jantung!

Cara Mengelak Mati Mengejut.


1. Minum teh hijau.
2. Memasak gaya orang Itali (menggunakan minyak zaitun mentah)
3. Amalan makanan yang sihat (lebih serat)
4. Mulakan hari dengan jus
5. Bersenam untuk jantung
6. Makan pisang (untuk menurunkan tekanan darah)
7. Kurangkan gula
8. Jangan jadi perokok pasif




No comments:

Post a Comment