Tuesday 4 February 2014

Kerjaya yang tidak stress

Sering kali tertanya kepada diri sendiri, kerjaya apa sahaja yang tidak stress dan menekankan diri? Kalau ingin hidup dengan selesa di kota raya perlukan pekerjaan yang membayar gaji lumayan, namun kita semua cukup sedia maklum bahawa kerjaya yang membayar gaji lumayan turut diiringi tekanan majikan yang mahukan prestasi terlampau baik, ada kalanya sehingga perlu bertungkus lumus bekerja pada waktu cuti dan lewat malam.



Usah bersedih kerana baru-baru ini kita berjaya temui kerjaya yang rupa-rupanya tidak begitu tertekan. Sukanya hati, pasti ramai yang menukar kerjaya lepas ini!

Linguistik

Pakar bahasa atau mereka yang mengkaji sains bahasa. Kalau minat bahasa memang tak tertekan lah, kerana sudah minat!

Pereka rambut

Setiap kali saya mengunjungi pereka rambut peribadi saya, Emily Ng, wajah beliau sentiasa tersenyum riang. Saya fikir mungkin kerana nampak lambang Ringgit Malaysia pada wajah saya. Tetapi rupanya kerja sebagai seorang pereka rambut tiada tekanan dan seronok! Kalau tiada pelanggan, boleh warnakan dan potong rambut sendiri. Seronok kan?

Pustakawan
Bagi mereka yang gemar membaca, kerja sebagai pustakawan ibarat syurga dunia. Sentiasa dikelilingi buku. Sambil awasi perpustakaan sambil baca buku kegemaran. Setiap hari ada sahaja cerita baru dan tidak akan tamat membaca semua buku dalam perpustakaan tersebut!

Terapi pertuturan
Jarang kita lihat di Malaysia tetapi di luar negara kerjaya ini perlukan seseorang untuk perhatikan kefasihan pertuturan dan elakkan gagap, terutamanya dikalangan kanak-kanak kerana kita sedar akan keyakinan seseorang mampu dipengaruhi gaya percakapan mereka.

Juruteknik Rekod Perubatan

Biarpun kerja hanya menyusun data-data pesakit, boleh tertekan juga. Katakan kalau tak jumpa data tersebut dan ini untuk pesakit yang sakit kronik. Tidakkah sudah timbul ketegangan situasi?

Tukang jahit
Tukang jahit tertekan musim raya sahaja. Kenapa? Sebab semua berebut nak baju raya siap. Masa itu jugalah berduyun tempahan masuk.

Gimnas Pemulihan

Sama seperti instructor yoga, hidup tenang sekali. Tumpukan hanya pada senaman dan praktis meditasi untuk menenangkan fikiran. Ikutkan hati, saya pun ingin jadi instructor yoga di tepi pantai Bali sahaja! Tiada tekanan hidup!


(credit to: MLP by Atiqa Juana)



No comments:

Post a Comment