Wednesday 12 March 2014

Soya untuk anda

Fail:Soybean.USDA.jpg
Sumber dari Wikipedia
Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya Glycine max.
Kacang soya hijau berbentuk gumpalan 3 - 15, berbulu, berwarna hijau, mengandungi 2 - 4 biji, panjangnya 3 - 7 cm. Kacang soya berbentuk bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan. Pokok kacang soya mempunyai akar tunjang sepanjang 15 cm. Akar adventitius tumbuh daripada hipokotil. Nodul akar adalah kecil dan berbentuk sfera.
Kacang soya adalah legume berprotein tinggi (keluarga Fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).
Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan
Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran, oat{Avena sativa} dan kemungkinannya kuinoa.
Kacang soya merupakan tanaman penting di Amerika Syarikat dimana ia merupakan sumber minyak dan makanan ternakan utama. Di Asia, kacang soya adalah penting bagi penghasilan barangan makanan seperti kicap, dan tempe.
Kacang soya yang direbus bersama kelongsongnya dan dihidangkan dengan garam, dipasarkan dibawah nama Jepun edamame. Kacang soya yang disediakan dengan cara ini merupakan makanan snek popular di Hawai'i dimana, sebagaimana di JepunChina, dan Korea, kacang soya dan keluaran dari kacang soya seperti (misonattotauhudouchi, dll.) membentuk sebahagian besar diet permakanan.

Kacang soya boleh diproses dengan pelbagai cara. Bentuk biasa hasil soya termasuk termasuk makanan soya (digunakan untuk makanan ternakan), tepung soya, tauhutextured vegetable protein (TVP, yang dijadikan pelbagai jenis makanan pemakan sayuran, sesetengah daripadanya bertujuan bagi menyerupai daging), tempe, soya lecithin dan minyak sayuran. Kacang soya juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap.

George Washington Carver mengetahui kacang soya sebagai sumber penting protein dan minyak. Dia juga menggalakkan petani agar mengamalkan tanam bergilir (crop rotation). Kekacang, kacang soya, ubi keledek atau sebarang tanaman yang mampu mengembalikan nitrogen dan mineral kepada tanah ditanam selang dua tahun dan kemudiannya kapas pada tahun ketiga.
Kebanyakan keluaran tenusu telah ditiru menggunakan kacang soya, dan keluaran seperti susu soyayogurt soya dan soy cream cheese terdapat dengan mudah dikebanyakan supermarket. Keluaran ini mempunyai tekstur dan bentuk yang serupa dengan keluaran berasaskan susu, bagaimanapun hasil soya tidak mengandungi jumlah kalsium yang banyak, kerana jumlah kalsium yang tinggi dalam kacang soya terikat dengan bentuk tidak larut dan kekal dalam okara. Dengan itu, kebanyakan pengeluar kacang soya menjual keluaran diperkaya dengan kalsium juga. 
Tofu sering mengandungi sejumlah besar mineral penting ini kerana garam kalsium digunakan bagi pemejal protin dalam susu soya bagi menghasilkan tahu (tofu). Tambahan lagi, protin soya telah didapati mengurangkan penyingkiran kalsium oleh buah pinggang, kesan yang ditingkatkan lagi dengan kandungan tinggi kalsium dalam keluaran soya. Kebanyakan keluaran soya dewasa tidak sepatutnya diberikan kepada bayi, walaupun formula yang dirumus khusus bagi bayi telah dihasilkan masa kini. Sebagai mana formula tenusu, formula berasaskan soya mengandungi vitamin tambahan dan zat lain ditambah kepadanya untuk menjadikannya sesuai bagi keperluan bayi. Dalam sesetengah kes, bayi yang diberikan susu soya dewasa secara berpanjangan menjadi kekurangan zat teruk dan ada yang mati. Tambahan lagi, alahan soya adalah salah satu bentuk alahan makanan yang biasa.
Kacang soya juga digunakan dalam barangan pengilangan termasuk minyak, sabunkosmetik,resinplastikdakwatkrayonpelarut, dan biodisel.

No comments:

Post a Comment