Tuesday 8 April 2014

Kedut wajah bole diatasi

Penuaan tidak dapat dielakkan dari semasa ke semasa. Salah satu kesan dari penuaan adalah kedutan pada wajah. Kedutan dapat menurunkan rasa percaya diri kerana penampilan yang tidak menarik. Kedutan mungkin tidak dapat dielakkan sama sekali, tetapi mencegah agar tidak timbul kedutan awal wajib dilakukan.

Penyebab Kedutan Wajah

Kedutan terjadi kerana berkurangnya jumlah dan fungsi serat kolagen dan elastin yang berfungsi untuk membuat kulit menjadi kenyal.Penurunan jumlah dan fungsi ini dipengaruhi oleh peringkat umur, warna kulit, lamanya terdedah kepada sinar matahari, merokok , pencemaran, ekspresi wajah dan cecair untuk kulit.
 

Mencegah Kedutan Wajah

Selain beberapa faktor diatas yang mencetuskan terjadinya kedutan, anda dapat mencegah timbulnya kerutan pada wajah dengan melakukan langkah-langkah ini:
  • Pengambilan Makanan dan Minuman berkhasiat

    Apa yang kita makan dan minum mempengaruhi penampilan. Protein, vitamin, mineral dan zat antioksidan (vitamin A, C, E, Selenium, Zinc, glutation) merupakan zat yang diperlukan untuk pembaikan rangkaian kulit termasuk kolagen dan epidermis. Mengambil makanan yang mengandungi nutrisi tersebut sangat dianjurkan agar keperluan nutrisi untuk kulit dipenuhi.Semakin banyak kandungan air pada kulit akan membuat kulit semakin lembut dan akan memudahkan kulit untuk meperbaiki diri berbanding dengan kulit yang kering. Untuk menjaga kelembapan kulit, dapat dipenuhi dengan mengambil air putih mengikut keperluan.
  • Sukan dan Aktiviti Fizikal

    Sukan dan aktiviti fizikal yang melatih prestasi jantung membantu mencegah terjadinya kedutan.Alasannya adalah kerja jantung yang baik akan membuat peredaran darah ke seluruh tubuh menjadi lancar, hasilnya keperluan oksigen untuk seluruh rangkaian tubuh dipenuhi. Jika rangkaian kulit mencukupi keperluan oksigennya, maka proses pembaikan sel menjadi lebih tinggi sehingga kulit akan kelihatan muda.
  • Cukup Tidur

    Waktu tidur malam adalah tempoh terbaik untuk penyembuhan dan memperbaiki sel yang rosak.Tempoh tidur selama 7-8 jam sehari adalah jumlah yang ideal untuk menjaga kulit tetap sihat.Kurang tidur akan membuat kulit kelihatan kasar dan kusam. Jika berlangsung terus-menerus, perbaikan sel kulit akan terbantut dan meninggalkan kedut sebagai hasilnya.
  • Gunakan Cahaya Matahari

    Cahaya matahari dalam jumlah berlebih merupakan musuh bagi kulit. Beberapa kesan negatif daripada pendedahan cahaya matahari adalah merosakkan serat-serat kolagen dan elastin, membuat pembentukan kulit mati dan pengumpulan pigmen. Untuk mencegah kerosakan akibat sinar matahari, anda boleh menggunakan pelindung matahari untuk melindungi wajah.Tahap SPF dan UPF yang tinggi diperlukan untuk perlindungan di iklim tropika,. Untuk menentukan tabir suria yang tepat, ada beberapa tips memilih tabir suria yang dapat diingat pada artikel berikut: Tips memilih pelindung matahari . Jika diperlukan, pengulangan tabir suria dapat dilakukan agar kulit terlindung optimum.

Jika ingin tetap cantik, anda perlu menjadikan rutin merawat kulit adalah sebahagian daripada kehidupan seharian kita untuk jangka panjang. Misalnya dengan menjaga kebersihan kulit atau menggunakan krim yang sesuai untuk mengurangkan kerosakan kulit atau kedutan yang mengganggu penampilan Anda.Namun, perlu diingat bahawa menjaga kulit tidak hanya dari luar tetapi juga dari dalam tubuh dan menjaga fikiran tetap positif.

No comments:

Post a Comment