Penyakit Batu Karang
ASSALAMUALAIKUM, Saya mengalami penyakit batu karang sejak empat tahun lalu. Saya sudah menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang tahun lepas. Tetapi penyakit itu kembali dan saya selalu mengalami kesakitan hingga ke hari ini.Kadang-kala keluar darah semasa saya buang air kecil.
STATISTIK
Dianggarkan 15 hingga 20 peratus rakyat Malaysia mengalami penyakit ini semasa hayat mereka.Risiko untuk mendapat batu karang adalah lima hingga 10 peratus dan kemungkinan seorang hingga dua orang setiap 1,000 orang dalam populasi akan mengalami sakit akibat batu karang.
Kejadian batu karang kerap berlaku kepada pesakit berusia 30 hingga 50 tahun.
Pabila berbincang berkenaan penyakit batu karang, rata-rata pesakit yang kita kenali di sekeliling kita ialah lelaki.
Pelik tapi benar, berdasarkan kajian, penyakit batu karang sememangnya lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita.
Nisbah sebanyak tiga orang lelaki bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah batu karang.
Batu karang
Batu karang merupakan butir-butir pepejal
keras yang terbentuk di dalam air kencing. Ia boleh terbentuk di
mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan
pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran
ureter (saluran menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing).
Bagaimana terbentuk
Batu karang terbentuk apabila kandungan bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau
asid urik di dalam air kencing pada kadar yang tinggi. Batu boleh
terbentuk jika bahan tersebut pada kuantiti biasa tetapi jumlah air
kencing sangat rendah. Bahan tersebut akan membentuk kristal halus yang kemudian melekat pada dinding buah pinggang dan membesar hingga menjadi batu karang. Biasanya, batu karang akan bergerak melalui saluran air kencing dan keluar dari badan apabila kita membuang air kecil. Batu karang akan menyebabkan rasa sakit jika saiznya besar dan tersekat di saluran air kencing.
Punca
Pakar perubatan percaya pembentukannya
dipengaruhi genetik, persekitaran, diet dan jangkitan kuman di saluran
kencing. Oleh itu, sukar untuk menjangka siapa mendapatnya. Jika ada
ahli keluarga pernah mendapat batu karang, maka anda mungkin boleh
dapatnya. Mereka yang pernah dijangkiti kuman di saluran kencing mudah
mendapatnya.
Simptom
Apabila sakit menyerang, ia berlanjutan selama 20 hingga 60 minit dan dalam tempoh itu, sakit akan datang dan pergi. Hampir semua pesakit batu karang ada kesan darah di dalam air kencing atau hematuria.
Ramai pesakit turut rasa sakit atau panas apabila kencing dan boleh nampak butiran pasir halus di dalam air kencing. Ada mengadu demam, menggigil, rasa loya dan muntah.
Namun, ramai pesakit yang tidak mempunyai sebarang simptom. Mereka hanya tahu mengenai batu karang melalui pemeriksaan kesihatan bertujuan mengesan penyakit lain.
Rawatan moden
Jika pesakit mengalami kesakitan teruk atau loya, doktor akan menahannya di hospital dan memberi ubat tahan sakit dan memasukkan air melalui saluran darah anda (IV fluids).
Jika pesakit mengalami demam dan sakit teruk, mereka akan ditahan di hospital untuk rawatan dan mengelak jangkitan kuman lebih serius.
Jika batu karang tidak dapat keluar sendiri melalui air kencing, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan kecil atau prosedur perubatan lain antaranya proses Lithotripsy yang sesuai untuk batu karang bersaiz kurang 1 cm.
Pencegahan
Pengambilan air yang banyak membantu
mencegah kristal halus bercantum dan membentuk batu karang lebih besar.
Ia juga memudahkan badan membuang batu karang yang bersaiz sangat kecil.Pemakanan memainkan peranan mencegah pembentukan batu karang. Antara makanan yang menyebabkan pembentukan batu karang jika diambil berlebihan, daging, organ dalaman haiwan, garam, kacang, bayam, coklat, keledek.
Pemakanan vitamin yang dimakan mengikut keperluan perlu juga diambil perhatian.
Supplemen Shaklee yg disyorkan untuk merawat/mencegah batu karang
- B COMPLEX : Mengurangkan oksalat (garam) yg membentuk batu karang.
- VITAMIN C : Menambah keasidan urin. batu karang tidak akan terbentuk di dalam urin yg berasid. Juga membantu penyembuhan luka dalaman.
- OSTEMATRIX : mengandungi magnesium yg mengurangkan oksalat (garam) dan MENCEGAH pembentukan batu karang.
- ALFALFA COMPLEX : mengurangkan infeksi dan inflamasi.
- OMEGA GUARD : membakar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang.
- LECITHIN : mengemulsi lemak dan minyak makanan yg dimakan dan menghalang daripada diserap oleh badan.
Rawatan al-Quran
Ayat al-Quran memiliki mukjizat dan
kelebihan untuk membantu penyembuhan masalah batu karang. Ayat-ayat tersebut adalah:
Surah al-Anbiyaa' ayat 74 hingga 81
Surah al-Qasas ayat 61 hingga 75
Surah al-Mukminun ayat 75
hingga 100
Surah al-Maidah ayat 48 hingga 55
Cara amalan ialah pesakit membaca surah pertama sebanyak tiga kali pada malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas itu, pesakit perlu berdoa kepada Allah memohon sembuh.
Ayat di atas dan daripada surah al-Anbiyaa' berfungsi memecahkan atau menghancurkan batu karang di dalam buah pinggang atau pundi kencing. Bila batu hancur dan halus seperti pasir, ia mudah dikeluarkan dari tubuh pesakit semasa buang air kecil.
Kita harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah.
Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12,
Allah berfirman; "….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
Allah berfirman di dalam al-Quran, surah at-Taghabun ayat 11, yang lebih kurang bermaksud;"Tidak
ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin
Allah; dan barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi
petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
No comments:
Post a Comment