8 Senaman Minda Untuk Berjaya
credit to:Irfan Khairi
Kejayaan
bermula dari minda.
Minda yang positif akan memberi aksi yang positif. Sekiranya aksi yang
kita lakukan tidak membawa kepada kejayaan, maka, kita perlu berbalik
kepada minda. Terdapat 8 senaman minda yang perlu kita lakukan dalam
mempersiapkan minda kita ke arah aksi yang positif.
1. Fikirkan masa hadapan
Mereka
yang berjaya mempunyai visi dan sering
memikirkan masa hadapan. Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan
visi yang positif di masa hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja
yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana
ia tidak lagi relevan.
Apakah
gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang?
Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda
positif akan sedia mempunyai jawapan
yang jelas kepada persoalan ini.
2. Punyai matlamat dalam minda
Miliki
matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan
sering kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat
adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.
Adakah
anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda
adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka,
dapatkan pen dan kertas serta tuliskan dengan spesifik apa, bila dan
bagaimana anda ingin mencapai matlamat anda.
3. Komitmen kepada kecemerlangan
Berikan
komitmen kepada kecemerlangan. Mereka yang berjaya sering memikirkan
cara untuk menjadi hebat dalam industri mereka. Walaupun, belum mencapai
kecemerlangan, fikirkan ke arah itu. Dalam apa sahaja industri
sekalipun, telah terdapat mereka yang berjaya dalam bidang tersebut.
Tidak kira apa pun bidang anda, lakukan penyelidikan keatas mereka dan
ketahui teknik dan strategi yang telah digunakan. Beri komitmen kepada
minda anda bahawa untuk berjaya, kecemerlangan perlu diutamakan- dan
kecemerlangan memerlukan ilmu. Apabila minda hebat, kejayaan pun
pastinya hebat!
4. Fokuskan kepada penyelesaian
Mereka
yang berjaya memikirkan keputusan dan penyelesaian, dan bukannya
masalah. Latihkan minda anda untuk memikirkan keputusan yang ingin
dikecapi dan jauhkan dari
segala pemikiran yang negatif.
Pemikiran
negatif akan membunuh semangat kita. Suara-suara negatif dalam dan juga
di luar diri kita akan menjatuhkan motivasi dan membuatkan kita
fikirkan masalah. Dalam apa sahaja usaha kita, pastinya akan bertembung
dengan pelbagai masalah. Fokuskan minda kita kepada penyelesaiannya.
5. Orientasi keputusan
Setiap
insan mempunyai kekuatan masing-masing. Fokuskan minda kita pada
kekuatan
yang kita miliki. Kekuatan yang dimiliki akan memberi hasil keputusan
yang terbaik. Di manakah kekuatan anda yang perlu anda fokuskan?
Berikan
tumpuan kepada minda untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Berbuat
begini akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Anda perlu sedar bahawa
kebanyakan masa kita yang tidak memberi fokus kepada keputusan, ia akan
berakhir dengan membuang masa.
Senamkan
minda anda supaya ingin mengejar keputusan hari ini, esok, lusa, minggu
hadapan, bulan hadapan dan juga tahun-tahun yang akan datang. Tiada
masa untuk membuang masa!
6. Fikirkan kegagalan membawa kejayaan
Lihat
saja
kesemua ikon-ikon yang berjaya di dunia ini, hampir kesemuanya melalui
kegagalan sebelum berjaya. Ini adalah kerana mereka meletakkan
benchmark, atau menjadikan kegagalan dalam hidup mereka itu sebagai satu
tanda untuk mereka melepasinya. Dengan selalu berfikir setiap kegagalan
yang kita alami dan tempuhi itu sebagai satu garisan untuk kita
mencapai kejayaan, minda kita akan bertindak positif dan selalu
mengingatkan kita arah kejayaan, dengan cara itu minda kita semua juga
memberitahu kita
boleh berjaya dengan cemerlang.
7. Dedikasi dalam memperbaiki diri
Minda
yang tidak disuapkan dengan ilmu, akan menjadi lesu dan di takuk lama
sahaja. Penuhi minda dengan ilmu-ilmu baru, sama ada dari membaca buku,
internet, mempelajari dari mereka yang telah berjaya, serta menghadiri
majlis-majlis ilmu.
Dedikasikan
diri anda supaya sering mempelajari kaedah dan teknik baru dalam
industri anda. Mereka yang berjaya adalah mereka yang sering membaca
dan mengaplikasikan ilmu-ilmu baru.
Ada
juga yang menganggap, kejayaan adalah berdasarkan nasib. Tetapi,
selalunya, lebih banyak ilmu yang kita miliki, lebih baik 'nasib' yang
akan datang kepada kita!
8. Lakukan sesuatu sekarang!
Apa
yang anda perlu lakukan selepas membaca artikel ini? Lakukan sesuatu
sekarang ke arah kejayaan anda. Membuang masa dan melengahkan masa
adalah sesuatu yang kita selalu lakukan, sehingga minda kita telah
dilatih iaitu
'melengahkan masa' sebagai satu tabiat.
Setiap
orang mempunyai masa 24 jam. Mereka yang berjaya, mahupun mereka yang
sederhana, atau yang gagal sekalipun, tetap hanya mempunyai masa 24jam
sehari untuk diluangkan.
Semuanya
bergantung kepada cara kita membahagikan masa dan menjimatkan masa.
Tanamkan mindset yang aktif dan akan melakukan
sesuatu SEKARANG dan bukan sekadar "Tunggu dulu... nanti-nanti kita
buat" sifat sebegitu, pastinya tidak akan membawa anda ke mana-mana.
Amalkan 8 senaman minda ini, anda pasti akan dapat merasa perbezaannya.