Mencantikkan Kuku
Kuku yang cantik akan menyerlahkan jemari kita sekaligus menyerlahkan keyakinan diri. Di sini ada beberapa cara mudah bagi merawat kuku agar tetap cantik:
Menjaga kekuatan dan kelembapan kuku
Kuku setiap orang adalah berbeza. Ada yang memiliki kuku yang kuat tetapi ada pula kuku yang rapuh dan mudah patah. Kuku akan semakin rapuh apabila sering terkena sabun, detergen, atau sering terdedah kepada pendingin hawa. Untuk mengatasi masalah ini, sapukan pelembab pada kuku anda agar kuku menjadi lebih kuat.
Membersihkan kuku
Kuku yang cantik tentu harus bersih. Bagi membersihkan kuku, rendam kuku dalam air hangat yang dicampur dengan perahan air limau nipis. Rendam tangan atau kaki selama kurang lebih 15 minit. Air hangat dapat membuat kulit di sekitar kuku menjadi lembut dan mudah untuk dibersihkan, khususnya pada hujung kuku yang sering dimasuki kotoran.
Potong kuku
Jangan biarkan kuku terlalu panjang. Kuku yang terlalu panjang akan tidak terjaga dan tidak rapi. Kuku yang panjang juga memudahkan masuknya kotoran dan kuman-kuman penyakit yang akan masuk ke dalam tubuh ketika kita makan. Tetapi, jangan pula memotong kuku terlalu pendek yang dapat menyebabkan luka.
Pemotong kuku yang tajam akan memudahkan kita kerana tidak perlu berulang-ulang memotongnya. Jangan tarik kuku jika belum terpotong sempurna kerana jari akan terluka lalu memudahkan kuman penyakit masuk ke dalamnya. Biarkan pemotong kuku yang menyelesaikan tugasnya sampai kuku benar-benar terpotong.
Jangan lakukan kerja keras dengan kuku
Menggosok benda keras menggunakan kuku atau membuka benda-benda keras menggunakan kuku dapat merosak kuku dan menyebabkan luka pada daerah sekitar kuku. Sebaiknya gunakan benda-benda lain yang sesuai untuk melakukan perkerjaan-pekerjaan berat ini. Mencuci pakaian, mencuci piring atau memerah kain basah dan terlalu sering terkena air panas dapat merosak kuku anda kerana terkena sabun dalam melakukan kegiatan tersebut. Sebolehnya, pakailah sarung tangan ketika melakukan kegiatan ini.
Hentikan kebiasaan merosak
Kebiasaan mengorek kuku dengan kuku lain atau menggigit kuku merupakan kebiasaan yang dapat merosak penampilan kuku. Mengorek kuku dapat menyebabkan luka pada hujung jari. Menggigit kuku pula menakibatkan sakit perut akibat kuman-kuman penyakit yang ada pada kuku masuk ke dalam mulut.
Menguatkan kuku dari dalam
Salah satu cara mudah untuk memperindah dan menguatkan kuku dari dalam adalah dengan memperbanyak minum air putih. Pengambilan air putih melembabkan kuku. Manakala untuk memperkuat kuku dapat dilakukan dengan mengambil makanan yang mengandung kalsium atau dengan meminum susu.

No comments:
Post a Comment