Mengapa Perlu Media Sosial Untuk Setiap PerniagaanOleh Irfan Khairi
Zaman telah berubah, cara promosi juga perlu berubah. Dari zaman pertanian, perindustrian, informasi dan kini zaman teknologi komunikasi. Zaman komunikasi ini amat sinonim dengan penggunaan media sosial smaa ada Facebook, YouTube, Twitter, Instagram, hingga ke Google+.
Pada mulanya media sosial bermula dengan blog yang berasal dari perkataan Web Log. Menggunakan media internet untuk memberi update seperti diary atau buku log sejak awal kewujudan Internet. Blog saya pertama bermula pada tahun 2000 ketika saya memberi update keluarga di Malaysia (ketika itu bekerja di UK) setiap hari apabila anak yang sulung dilahirkan.
Kini, media sosial lebih kepada dua hala dan lebih interaktif bukan sahaja dengan teks dan gambar sahaja, tetapi juga dengan bunyi, video dan animasi.
Terutama bagi usahawan dan bakal usahawan, ia merupakan satu medium yang amat penting dalam perniagaan zaman ini. Bagi mereka yang mengabaikannya, akan mengabaikan pasaran yang amat besar untuk perniagaan mereka.
Mengapa anda memerlukan media sosial untuk perniagaan?
Berikut adalah 5 sebab ringkas...
1. Ianya percuma
Zaman telah berubah, kaedah promosi juga perlu berubah. Sekiranya dulu perlu mencetak beribu-ribu brochure dan leaflet untuk diedarkan kepada bakal pelanggan dan memakan belanja yang tinggi, kini hanya menggunakan media sosial, anda dapat mencapai beribu-ribu prospek secara percuma.
2. Kenalan dan prospek menggunakan media sosial
Kenalan dan prospek anda kini sering menggunakan media sosial. Dengan lebih 80% pengguna Internet Malaysia mempunyai akaun Facebook, bakal pelanggan anda adalah dihujung jari sahaja oleh kerana ramai kini menggunakan media sosial secara mobile di telefon pintar atau tablet.
3. Mendapat publisiti
Mereka di industi media sering mencari bahan-bahan baru setiap hari. Ramai antaranya kini menggunakan media sosial untuk mencari bahan tersebut. Sekiranya perniagaan anda dapat menarik perhatian media melalui media sosial, ia merupakan peluang untuk anda mendapat publisiti tambahan untuk perniagaan anda.
4. Mendapat jualan
Setiap kali anda meninggalkan mesej, status, tweet, komen di media sosial anda, ia merupakan usaha untuk meningkatkan jenama anda di kalangan pengikut anda. Setiap kali jenama anda diingati prospek, maka lebih mudah untuk anda melakukan jualan. Sampaikan maklumat-maklumat berguna di medial sosial anda untuk mendapat pengikut yang meminati industri perniagaan anda.
5. Pesaing anda melakukannya
Setiap hari makin banyak perniagaan yang menggunakan media sosial. Sekiranya anda tidak, pastinya anda akan ketinggalan dengan pesaing-pesaing anda. Bayangkan kini betapa ramai followers pesaing anda memiliki. Sekiranya dibiarkan dan anda tidak melakukan apa-apa untuk meningkatkan followers anda, apa akan terjadi dengan perniagaan anda setahun atau dua tahun akan datang? Pastinya akan tertewas dengan pesaing...
Apa yang anda perlu lakukan? Sekiranya anda berniaga atau merancang untuk berniaga, pastikan anda lengkapkan ilmu perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial untuk mendapat kelebihan lebih jauh dari pesaing anda!
No comments:
Post a Comment