Kepentingan Garam
Garam menyediakan dua elemen iaitu natrium dan klorida. Kedua-dua bahan ini penting untuk kehidupan. Badan kita tidak boleh menghasilkan natrium dan klorida dengan sendiri, jadi kita mesti mendapatkannya daripada makanan atau diet yang diambil.
Antara fungsi atau kepentingan garam di dalam tubuh sesorang ialah;
1. Sebagai komponen utama plasma darah, cecair limfa, cecair luar sel, dan juga cecair amnion
2. Membawa nutrien ke dalam dan keluar dari sel-sel badan, dan membantu mengekalkan keseimbangan asid dalam badan
3. Mengekalkan dan mengawal tekanan darah
4. Membantu kelenjar adrenalin yang berfungsi menghasilkan berpuluh-puluh hormon penting di dalam badan
Kesan pengambilan garam yang berlebihan
Walaupun pengambilan garam dalam makanan amatlah penting,jika terlalu banyak garam dalam diet pula memberi kesan yang tidak baik untuk badan. Antaranya ia menyumbang kepada;
1. Tekanan darah tinggi
2. Menjadi punca penyakit jantung. Ini terjadi apabila berlakunya kenaikan yang mendadak pada tekanan darah. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar tekanan pada jantung.
3. Garam yang tinggi juga boleh menyebabkan penahanan air dan kembung pada sesetengah orang.
No comments:
Post a Comment