Monday, 24 February 2014

HERBLAX



Perbezaan Shaklee



  • Ramuan asas terdiri drpd kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat
  • Mengandungi 9 herba semulajadi
  1. Senna leaves-merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, proses detox yg cepat serta mengurangkan penyerapan lemak
  2. Buckborn bark-melembutkan najis utk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan pada usus
  3. Licorice root-membantu proses detoks
  4. Fennel seeds@jintan manis-mengeluarkan toksin yang terkumpul, berkesan pada masalah sembelit, kembung perut @ usus.
  5. Anise seeds@bunga lawang-merangsang pengeluaran jus gastrik utk proses pencernaan
  6. Rhubarb root- byk digunakan dlm perubatan cina sebagai antibiotik
  7. Blue malva flower-mengimbangi tekstur kulit
  8. Culver's root-membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  9. Alfalfa leaves-membersihkan usus, darah dan hati.

credit to: Gan En group

Mengapa perlu kurus










bahaya kurang air dalam badan (dehidrasi)


Kita sering dinasihatkan supaya minum banyak air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.Namun bagi sesetengah orang, nasihat ini sukar diikut dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini bukan perkara digemari.

Selain itu, ada juga yang berpendapat badan mereka menerima cukup bekalan air selepas dicampur kopi, teh, jus buah atau minuman berkarbonat yang diambil sepanjang hari.

Justeru, ramai beranggapan pengambilan air masak dirasakan tidak perlu sebanyak disarankan.
Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.

Pada masa sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan.

Perlu Diganti Segera 


Itu adalah kadar kehilangan air yang normal daripada setiap orang. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral lebih banyak yang perlu diganti segera bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi 
(masalah kekurangan air). 

Hampir 60% daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku dehidrasi badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan, tetapi masalah ini biasanya tidak kita sedari.

Masalah kekurangan air akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan juga berkurang. Akibatnya, jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ dan keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.
Oleh kerana badan kekurangan air, kita tidak akan berpeluh dan haba tidak keluar dari badan seperti biasa. Dalam keadaan lebih serius, masalah ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan kita mungkin boleh demam.

Dahaga Bila Kurang Air

Mungkin anda berfikir, badan kurang air bila kita dahaga. Anggapan ini kurang tepat kerana dahaga bukan penunjuk tepat kepada masalah ini, terutama di kalangan kanak-kanak dan orang tua, kerana badan boleh mengadaptasi kepada keadaan kekurangan air sehinggalah masalah menjadi lebih serius.

Bukan semua kes dehidrasi akan menyebabkan komplikasi serius, tetapi kehilangan dua peratus berat badan boleh mempengaruhi prestasi, terutama di kalangan atlit, kehilangan tiga hingga lima peratus berat badan akibat dehidrasi menjejaskan penumpuan, tindak balas dan pertimbangan mereka.

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada kuning cair atau pekat.

Tanda dan Kesan Kekurangan Air

Antara tanda kekurangan air termasuk: 

* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif 
* Terlalu dahaga 
* Mulut kering 
* Mengantuk 
* Air kencing sedikit dan pekat 


* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis 
* Lemah otot 
* Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah: 

* Kurang berpeluh 
* Mata cengkung 
* Tekanan darah rendah 
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal) 
* Denyutan jantung menjadi cepat 
* Demam 
* Meracau 
* Pengsan 

Keadaan kekurangan air berterusan juga boleh mengundang bahaya yang tidak dijangka, seperti hipovolemik yang berlaku apabila jumlah darah yang dipam ke organ berkurangan dan mengakibatkan oksigen yang sampai ke organ dan tisu badan tidak mencukupi.

Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.

Malah, otak juga boleh menjadi bengkak. Biasanya air yang hilang dari badan mengandungi garam galian dan untuk menggantikannya, badan terpaksa menghasilkan bahan yang akan menarik balik air ke dalam sel.

Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air, menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila membabitkan sel-sel otak.

Sikap tidak suka minum air juga sebenarnya menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).
Air juga mudah keluar daripada badan melalui cirit birit (kaedah paling cepat kehilangan air dan garam mineral, terutama di kalangan kanak-kanak), bersenam, berjogging, berbasikal atau sekadar berjalan.

Demam juga akan menyebabkan kita kehilangan air. Lagi panas suhu badan, lebih banyak air yang hilang. Masalah bertambah buruk jika anda muntah dan birit birit.

Oleh itu, jangan abaikan pengambilan air dalam kehidupan seharian.




Friday, 14 February 2014

PENAWAR SAKIT JANTUNG


Jantung mengepam hampir 2000 gelen darah keseluruh bahagian tubuh kita setiap hari. Sebagai otot yang bekerja keras, jantung memerlukan tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap.Tenaga tersebut diperolehi dengan bantuan nutrien yang dipanggil KOENZIM Q10 (CoQ10), yang juga berperanan membantu kesihatan salur darah.

Shaklee menawarkan produk terhebat yang boleh membantu menjana JANTUNG yang sihat iaitu CoQHealth

  • campuran proprietari 100mg CoQ10 dan resveraterol
  • dalam SOFTGEL yang BIOAVAILABLE
  • satu sistem penghantaran dengan menggunakan MINYAK ZAITUN
  • semulajadi


manfaat untuk:-

  1. Congestive Heart failure (CHF)
  2. Mengurangkan risiko masalah jantung tambahan bagi yang pernah mengalami serangan sebelum ini.
  3. Menghalang komplikasi salur darah selepas BYPASS
  4. Hypertensi
  5. Menghalang serangan MIGRAINE
  6. Penyakit Parkinson
  7. Memperbaiki sistem imun bagi pesakit HIV/AIDS
  8. Kerosakan otot
  9. Tenaga
  10. Kesuburan

sesuai bagi

  • dewasa sihat berumur 18tahun keatas
  • orang dewasa yang mengambil perubatan yang mengurang tahap CoQ10 didalam darah mereka

Testimoni CoQHealth









SAYANG JANTUNG ANDA

10 Tanda -tanda Utama Penyakit Kardio-Serebrovaskular


  1. Hipertensi penyakit yang paling berbahaya antara semua penyakit kardio¬serebrovaskular dan merupakan penanda awal penyakit jantung koronari serta strok serebrum;
  2. Rasa tidak selesa pada dada dan/atau sakit prekordium merupakan simptom¬simptom penyakit jantung koronari. Namun, mungkin tiada simptom jelas yang dapat dilihat dalam kes-kes yang tidak sebegitu serius. Rasa tidak selesa pada dada dan sakit prekordium yang teruk menandakan penginfarkan miokardium dan mungkin mengakibatkan kematian mengejut;
  3. Rasa gelisah, berdebar-debar dan/atau sakit retro sternum menandakan bahawa penginfarkan miokardium akut sudah mula terjadi;
  4. Aritmia kardium sering kali menjadi punca kematian mengejut akibat serangan jantung dan juga merupakan tanda kecenderungan seseorang untuk mati secara mengejut;
  5. Brachikardia/kadar jantung yang perlahan lazimnya dialami oleh mereka yang mengidap penyakit jantung koronari, miokarditis, hipertensi dan penyakit jantung reumatik yang boleh bertukar menjadi sindrom sinus sakit (sick sinus syndrome) yang amat berbahaya;
  6. Demam, rasa tidak selesa pada bahagian dada, palpitasi dan/atau sesak nafas menunjukkan bahawa jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi;
  7. Rasa sukar bernafas lazimnya diakibatkan oleh fungsi jantung yang terjejas, menyebabkan ia tidak dapat memperolehi bekalan darah dan oksigen yang secukupnya. Sesak nafas adalah tanda sakit jantung yang paling ketara;
  8. Kelesuan dan lemah badan dialami apabila bekalan darah yang dialirkan kepada tisu-tisu tubuh tidak cukup dan bahan-bahan buangan metabolisme seperti asid laktik tidak dapat dikumuhkan den gan baik. Simptom-simptom ini menandakan bahawa penyakit jantung semakin bertambah serius;
  9. Edema atau bengkak lazimnya disebabkan oleh pengumpulan air yang berlebihan dalam tubuh, terutamanya pada kaki dan bahagian bawah abdomen. Puncanya harus dikenal pasti secepat mungkin kerana ía mungkin menandakan masalah jantung yang serius
  10. Palpitasi, sinkope dan/atau pening kepala menandakan aritmia kardium. Pening dan sinkope merupakan tanda-tanda amaran yang menunjukkan bahawa bekalan darah tidak dapat dialirkan dengan baik kepada serebrum akibat penyakit kardio-serebrovaskular.

Rakyat Malaysia berdepan risiko mati mengejut 


2011/01/28

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini harus lebih mengambil berat terhadap masalah denyutan jantung berhenti secara mengejut (SCA) kerana ia mengakibatkan lebih banyak kematian berbanding penyakit barah atau AIDS. 

Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Razali Omar berkata jumlah pesakit yang mengalami SCA adalah dua kali lebih tinggi berbanding barah paru-paru dan tiga kali ganda daripada AIDS dan barah payu dara.

Katanya, mereka yang menhadapi risiko tinggi SCA adalah mereka di kalangan yang pernah diserang penyakit jantung, pesakit yang mengalami kegagalan jantung, orang yang pernah diserang SCA dan ahli keluarga mereka serta mereka yang memiliki tahap fraksi ejeksi (EF) yang rendah. 

"Rakyat banyak memperkatakan mengenai AIDS, barah payu dara. Memang ianya penting tetapi tiada siapa berbincang mengenai mati mengejut. Bila penyakit arteri koronari menjadi pembunuh kedua di Malaysia, maka ramai mendapat serangan jantung dan ia pasti disusuli rapat oleh kematian mengejut," katanya. 



Antara orang terkenal yang meninggal secara mengejut

Julai 2006 : Hani Mohsin Hanafi
Ogos 2009 : Ustaz Asri Rabbani
Januari 2011 : Faizal Yusop

Selain tu, Feao Latu dan Shamrin Photographer juga meninggal atas sebab yang sama. Kenapa mati mengejut? Kematian secara mengejut ni sering kali dikaitkan dengan sakit jantung. Hakikatnya, tahukah korang bahawa Faizal Yusop bukanlah penghidap sakit jantung selama dia hidup. Serangan jantung bukanlah punca satu-satunya punca kematian mengejut. Tetapi lebih kerap dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, HOCM, atau masalah ketebalan otot jantung.


Aktiviti elektrik jantung dicetuskan oleh sekumpulan sel khusus yang dikenali sebagai perentak / peacemaker. Kedua-dua perentak dan otot jantung memainkan peranan yang amat penting dalam pengecutan jantung. Bila jantung rosak berlaku satu fenomena di mana aktiviti dalam jantung menjadi porak-peranda. Bila tidak mengepam, seseorang akan pengsan. Kerosakan berkekalan pada otak berlaku selepas 3-4 minit jantung berhenti. Memandangkan otak itu mengawal jantung dan organ-organ yang lain, maka kematian akan menyusul.

Kematian mengejut sememangnya sukar dikesan. Tetapi, kita boleh mengelak daripada mati mengejut. Walaupun kematian mengejut memanglah sukar dikesan pada peringkat awal, yang penting : Jaga Kesihatan Jantung!

Cara Mengelak Mati Mengejut.


1. Minum teh hijau.
2. Memasak gaya orang Itali (menggunakan minyak zaitun mentah)
3. Amalan makanan yang sihat (lebih serat)
4. Mulakan hari dengan jus
5. Bersenam untuk jantung
6. Makan pisang (untuk menurunkan tekanan darah)
7. Kurangkan gula
8. Jangan jadi perokok pasif